Judul : Tengku Abdullah: Jangan Kaitkan "Isu Sensitif" Semasa Berkempen PRU14
link : Tengku Abdullah: Jangan Kaitkan "Isu Sensitif" Semasa Berkempen PRU14
Tengku Abdullah: Jangan Kaitkan "Isu Sensitif" Semasa Berkempen PRU14
KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, mengingatkan parti politik untuk mengamalkan pendekatan berkempen secara berhemah di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Baginda bertitah calon parti, sama ada daripada kerajaan atau pembangkang diingatkan untuk tidak mengaitkan kempen dengan isu sensitif seperti perkauman yang boleh menganggu gugat keharmonian di Pahang.
"Adalah satu kesilapan jika kita jadikan tempoh pilihan raya sebagai medan untuk mengelirukan dan memecahbelahkan perpaduan yang sedia ada di negeri ini. Saya harap di Pahang tidak akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
"Bukan senang untuk kita satukan kaum berbilang kaum yang ada di negara ini, di Pahang khususnya.
Walaupun ada perkara yang perlu diperbaiki, tapi sekurang-kurangnya di Malaysia, kita masih ada tempat untuk berteduh berbanding sesetengah negara lain," titah baginda. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Tengku Abdullah: Jangan Kaitkan "Isu Sensitif" Semasa Berkempen PRU14
Sekianlah artikel Tengku Abdullah: Jangan Kaitkan "Isu Sensitif" Semasa Berkempen PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tengku Abdullah: Jangan Kaitkan "Isu Sensitif" Semasa Berkempen PRU14 dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/tengku-abdullah-jangan-kaitkan-isu.html