Ummi Hafilda: Rela Ketepi Konflik Dengan Azmin Demi Menjatuhkan Najib !

Ummi Hafilda: Rela Ketepi Konflik Dengan Azmin Demi Menjatuhkan Najib ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ummi Hafilda: Rela Ketepi Konflik Dengan Azmin Demi Menjatuhkan Najib !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ummi Hafilda: Rela Ketepi Konflik Dengan Azmin Demi Menjatuhkan Najib !
link : Ummi Hafilda: Rela Ketepi Konflik Dengan Azmin Demi Menjatuhkan Najib !

Baca juga


Ummi Hafilda: Rela Ketepi Konflik Dengan Azmin Demi Menjatuhkan Najib !


AMPANG: Ummi Hafilda Ali mengakui hubungan dengan abangnya, Datuk Seri Azmin Ali masih renggang, tetapi mereka berdua mempunyai matlamat sama, iaitu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Ummi berkata, konflik dengan abangnya perlu diketepikan demi memastikan Pakatan Harapan (PH) dapat menggulingkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kita jangan pandang yang negatif, pada masa air dicincang tidak akan putus, baik buruk dia tetap darah daging saya, saya tidak boleh buang fakta ini bahawa dia abang saya.

“Mungkin ada konflik di antara kami pada masa lalu, tetapi kita ketepikan semua itu sebab hendak jatuhkan Datuk Seri Najib Razak, sampai hari ini saya tidak baik dengan Azmin.

“Perkara itu semua orang tahu, tetapi perjuangan kita satu, untuk singkirkan Najib, kuburkan dan talkinkan Umno,” katanya selepas menghadiri program “Fund raising luncheon: The Battle for Johor” di sini, hari ini.

Ummi sebelum ini menempelak kepimpinan abangnya dengan menyifatkan hanya “berdegar-degar” mahu menghapuskan rasuah, namun terpalit kepada keluarga sendiri.

Beliau berkata demikian selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anak saudaranya bagi membantu siasatan kes perlombongan pasir di Selangor.

Ummi berkata, beliau menyokong Dr Mahathir yang kini mengetuai Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR, tetapi itu tidak bermakna beliau menyokong PKR.

“Saya tidak pernah kata saya akan menyokong PKR. Agenda hanya satu, untuk kuburkan BN dan saya hanya taat kepada sifu saya, iaitu Dr Mahathir,” katanya yang menawarkan diri untuk mengikuti jelajah PH bagi menarik lebih ramai pengundi sepanjang tempoh berkempen PRU14.

“Saya menawarkan kepada Dr Mahathir, saya akan jelajah satu Malaysia bersamanya untuk memperbetulkan persepsi negatif terhadap Dr Mahathir.

“Apa yang dikatakan Najib itu perlu diperbetulkan, saya tahu itu kekuatan saya. Sebelum ini Umno guna saya untuk ikut ceramah satu Malaysia.

“Tetapi, hari ini saya berjanji, bersumpah walaupun sekali UMNO sembah saya untuk jadi penceramah UMNO saya tidak perlukan dedak.”

Beliau yang kini mempunyai perniagaan sendiri turut berikrar membantu bekas perdana menteri itu dari segi kewangan untuk berkempen pada PRU14.

“Saya akan sumbangkan rezeki bisnes saya untuk perjuangan Dr Mahathir kerana saya tahu dia berpaksikan kebenaran,” katanya yang merupakan saksi utama dalam kes perbicaraan liwat I Datuk Seri Anwar Ibrahim. #sumber



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Ummi Hafilda: Rela Ketepi Konflik Dengan Azmin Demi Menjatuhkan Najib !

Sekianlah artikel Ummi Hafilda: Rela Ketepi Konflik Dengan Azmin Demi Menjatuhkan Najib ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ummi Hafilda: Rela Ketepi Konflik Dengan Azmin Demi Menjatuhkan Najib ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/ummi-hafilda-rela-ketepi-konflik-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: