Judul : 1MDB: Dakwaan DoJ tak meyakinkan jika tidak dikemuka ke mahkamah
link : 1MDB: Dakwaan DoJ tak meyakinkan jika tidak dikemuka ke mahkamah
1MDB: Dakwaan DoJ tak meyakinkan jika tidak dikemuka ke mahkamah
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Segala dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan sebagai tidak meyakinkan jika ia tidak dibuktikan di mahkamah yang kompeten.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelbagai siasatan dilakukan terhadap 1MDB, sebagaimana laporan terperinci oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)yang menjalankan tugasnya berdasarkan dapatan Jabatan Audit Negara.
Liow menambah Bank Negara Malaysia juga menjalankan siasatan dan seterusnya mengenakan denda ke atas 1MDB.
"Polis pula terus menjalankan siasatan secara bebas, tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Oleh itu, kerajaan telah mengambil segala tindakan yang perlu untuk menangani isu itu," demikian memetik kenyataan Liow.
Presiden MCA itu juga kontroversi 1MDB itu telah dinyata secara jelas seperti model perniagaan yang tidak cekap, pengurusan yang lemah atau tadbir urus dan terlalu bergantung kepada hutrang.
"Ini terlalu pahit tetapi pengajaran penting yang perlu diambil iktibar. Melalui pengurusan profesional dan kepimpinan yang mantap Arul Kanda (Ketua Pegawai Eksekutif), pelan rasionalisasi 1MDB telah berjaya dilaksanakan," kata beliau.
Beliau percaya isu 1MDB telah dipolitikkan secara berlebihan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
"Dan sekarang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah bertindak hingga sanggup bersekongkol dengan kuasa-kuasa asing untuk mencapai agenda mereka," kata beliau.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel 1MDB: Dakwaan DoJ tak meyakinkan jika tidak dikemuka ke mahkamah
Sekianlah artikel 1MDB: Dakwaan DoJ tak meyakinkan jika tidak dikemuka ke mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 1MDB: Dakwaan DoJ tak meyakinkan jika tidak dikemuka ke mahkamah dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/1mdb-dakwaan-doj-tak-meyakinkan-jika.html