Judul : 5 Tindakan Yang Mak Ayah Perlu Lakukan Bila Anak Jadi Mangsa Buli, Perkongsian Oleh Seorang Guru
link : 5 Tindakan Yang Mak Ayah Perlu Lakukan Bila Anak Jadi Mangsa Buli, Perkongsian Oleh Seorang Guru
5 Tindakan Yang Mak Ayah Perlu Lakukan Bila Anak Jadi Mangsa Buli, Perkongsian Oleh Seorang Guru
5 Tindakan Yang Mak Ayah Perlu Lakukan Bila Anak Jadi Mangsa Buli, Perkongsian Oleh Seorang Guru
Rata-rata mak ayah pasti risau dengan persekitaran pembelajaran anak-anak sekarang. Baik di sekolah mahupun di peringkat universiti.Semuanya rasa tak selamat.Bimbang jika anak menjadi salah seorang mangsa buli.Lebih menakutkan, pemangsa buli pula semakin berani dan menjadi-jadi, cukup kejam dan tiada perikemanusiaan sehingga mengakibatkan kematian.
Buli merupakan suatu 'jenayah' baik secara fizikal mahupun emosi. Menerusi perkongsian seorang cikgu Mohd Fadli Salleh, beliau berkongsi pendapat mengenai 5 tindakan yang boleh mak ayah lakukan bila anak menjadi mangsa buli.
Berikut antara perkongsian cikgu ini;
Anak-anak kita, kadangkala fizikalnya sedikit berbeza dari kawan-kawan yang lain. Ada yang terlampau tinggi, ada yang pendek. Ada yang hitam dan ada yang gemuk.
Maka kelainan dari segi fizikal ini mengundang ejekan dari kawan-kawan mereka. Lebih menyedihkan, ada segelintir guru ingin bergurau tanpa memikirkan bahawa anak-anak kecil ini juga punya perasaan.
Maka ada anak-anak pulang dan mengadu,
" Mama, kat sekolah tadi kawan-kawan adik ejek adik gemuk macam gajah."
" Cikgu adik pernah panggil adik hitam macam Negro ma."
Maka ibubapa buntu. Anak mengadu, tapi tidak tahu bagaimana hendak selesaikannya. Meh sini aku tolong ajar cara penyelesaiannya.
1. Bagitahu hal ini pada guru kelas
Bagitahu hal ini pada guru kelas dan minta guru kelas panjangkan kepada guru disiplin. Biar guru disiplin kesan murid yang membuli itu. Oh ya, mengejek ialah sejenis buli ya!
Ada ibubapa merasakan, ejek-mengejek diantara kanak-kanak itu hal biasa. Maka dibiarkan sahaja. Bukan!
Jangan biarkan. Jangan sampai anak kita memendam rasa dan 'down' untuk ke sekolah.
Ada juga ibubapa takut guru-guru katakan mereka terlampau manjakan anak-anak. Mengadu hal remeh-temeh. Eh, isu buli ni hal besar. Perasaan anak kita itu benda penting. Jangan ambil mudah.
Dan kepada guru seluruh Malaysia, jika terima aduan ejek mengejek ini, sila bertindak. Jangan rasa ianya remeh. Malah, jangan pula disindir murid dan ibubapa yang mengadu.
Bagi peringatan pada semua murid dalam taklimat disiplin bahawa ejekan adalah sejenis buli. Dan membuli itu akan dikenakan tindakan. Ingatkan murid selalu.
2. Beri semangat dan dorongan pada anak-anak mangsa ejek
" Abang, abang kuat. Setakat orang ejek tu, abang buat tak tahu sajalah. Bukan sakit pun. Pedulikan mereka. Tak payah kawan dengan mereka. Cari kawan yang baik-baik."
Ya, kau bagi la kata semangat setiap kali anak mengadu. Dan kata semangat sahaja tidak cukup. Mesti ada tindakan susulan dengan melaporkan pada guru anak kau orang.
Selain itu, kena didik anak berani untuk bersuara. Setiap kali diejek, didik anak jawab begini pada rakannya,
" Jangan ejek saya lagi. Saya bukan bahan gelak ketawa. Siapa ejek lagi, saya laporkan pada guru disiplin."
Kalau kawan terus mengejek, minta anak terus laporkan pada guru disiplin. InsyaAllah guru akan bertindak.
3. Suruh anak tulis surat
Ini khusus jika ejekan itu berpunca dari guru. Segelintir guru niat mereka ingin bergurau. Tanpa mereka sedar, ada hati anak didik mereka menjauh dan terasa.
Suruh anak tulis surat simple sahaja. Contohnya begini,
" Cikgu, kenapa cikgu ejek saya gemuk? Saya malu dan sedih."
Cukup sependek itu sahaja. Guru yang terbaca pasti akan terasa bahawa dia selama ini silap bergurau. Pasti dia akan merasa bersalah. Dan guru yang baik pasti mencari murid ini dan meminta maaf.
Dan kepada rakan-rakan guru, ingatlah. Walau anak didik kita masih kecil, walau baru di tahun 1,2 dan 3, mereka tetap ada perasaan. Bila diejek mereka malu. Tambahan diejek guru sendiri hingga menjadi gelak tawa rakan-rakan lain.
4. Peti aduan
Setiap sekolah ada peti aduan. Tulis surat aduan lengkap nama anak, kelas, nama pembuli dan sebagainya. Nyatakan juga tekanan perasaan anak anda akibat diejek. Minta pihak sekolah selesaikan hal ini.
Tulislah baik-baik. Jangan ada emosi dan menyalahkan mana-mana pihak. Tulis secara berfakta dan matang.
Peti aduan salah satu cara berkesan nak salurkan maklumat pada pihak sekolah tanpa perlu ibubapa bertemu muka.
5. Jumpa pentadbir
Ini langkah terakhir. Jika aduan terus diabai, jumpa terus dengan pentadbir dan ceritakan masalah elok-elok. Bagitahu kesan ejekan itu mendalam pada anak kita.
Elakkan jumpa pembuli! Jangan sesekali ibubapa ambil tindakan berjumpa pembuli dan beri amaran. Jangan!
Nanti jadi isu lain pula. Ibubapa pembuli pula akan datang menyerang. Selesaikan isu secara baik dan matang.
Semoga anak-anak kita yang menjadi mangsa ejekan tidak lagi diejek. Dan semoga tips yang aku tulis ini memberi manfaat kepada mereka yang terlibat.
#MFS
* Katakan tidak pada BULI!
Sumber Facebook: Mohd Fadli Salleh
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tt0YI5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel 5 Tindakan Yang Mak Ayah Perlu Lakukan Bila Anak Jadi Mangsa Buli, Perkongsian Oleh Seorang Guru
Anda sekarang membaca artikel 5 Tindakan Yang Mak Ayah Perlu Lakukan Bila Anak Jadi Mangsa Buli, Perkongsian Oleh Seorang Guru dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/5-tindakan-yang-mak-ayah-perlu-lakukan.html