Judul : Anak Malaysia Cipta Sejarah Pandu Volkswagen Klasik Rentasi Jalan Darat Ke Eropah
link : Anak Malaysia Cipta Sejarah Pandu Volkswagen Klasik Rentasi Jalan Darat Ke Eropah
Anak Malaysia Cipta Sejarah Pandu Volkswagen Klasik Rentasi Jalan Darat Ke Eropah
Siapa tak gemar kereta vintaj seperti Volkswagen? Bagi lima sahabat ini, minat mereka kepada kenderaan vintaj tersebut telah memberi inspirasi untuk mereka lakukan sesuatu di luar jangkaan.
Dengan menggunakan tiga Volkswagen Kombi dan sebuah Volkswagen Beetle Classic; Stephen Pang, Cliften Nathaniel, Terence Moses, Udhaya Kumar dan Monica Xavier nekad melakukan perjalanan darat dari Johor Bahru ke Hessisch Oldendorf, German.
Sumber: FacebookKembara #Live2Drive yang telah bermula sejak 15 Mac lalu bakal mencipta sejarah yang tersendiri apabila kumpulan itu menjadi peserta pertama dari Asia, khususnya Malaysia yang terlibat dalam acara Pertunjukan Volkswagen Vintaj Antarabangsa memandu merentasi benua.
Perjalanan itu bakal mengambil tempoh selama enam bulan, bermula dari Mac hingga ke lewat Ogos dengan anggaran jarak 27,000km melewati 20 buah negara. Antaranya ialah China, Mongolia, lebuhraya Trans-Siberia, Eropah dan seterusnya ke Hessish Oldendorf, German untuk pertunjukan terbesar Volkswagen vintaj tersebut.
Sumber: Facebook Sumber: Facebook Sumber: Facebook Sumber: Facebook Sumber: Facebook Sumber: Facebook Sumber: Facebook Sumber: FacebookSelesai di German, mereka akan meneruskan perjalanan mereka ke Iran dan seterusnya menghantar kereta mereka dari sana pulang menggunakan kapal ke Malaysia.
Sepanjang pengembaraan tersebut, mereka juga turut mengadakan aktiviti kebajikan dengan masyarakat tempatan di beberapa lokasi di negara Asia Tenggara yang mereka singgahi.
Masing-masing yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam road trip sebegini pernah membawa kenderaan Volkswagen klasik mereka sejauh sempadan Laos-China. Wah, otai ni!
Sumber: FacebookPada 14 Jun lepas, kumpulan sahabat ini akhirnya tiba di German setelah mengharungi perjalanan sejauh 19,000km dari Malaysia. Mereka bakal diberi penghormatan oleh penganjur Pertunjukan Volkswagen Vintaj Antarabangsa Hessisch Oldendorf pada 23 Jun nanti dengan menerima ‘Kunci Emas’ bandar berkenaan.
Sumber: Facebook Sumber: FacebookUntuk mengetahui perkembangan terkini mengenai perjalanan mereka di German, anda boleh saja ikuti laman Facebook Live2Drive.
Tahniah! Semoga Malaysia terus bersinar di mata dunia. Malaysia Boleh!
Baca: Pasangan Berbasikal Sejauh 12,000KM Untuk Ke Tanah Suci
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szg8iK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Anak Malaysia Cipta Sejarah Pandu Volkswagen Klasik Rentasi Jalan Darat Ke Eropah
Anda sekarang membaca artikel Anak Malaysia Cipta Sejarah Pandu Volkswagen Klasik Rentasi Jalan Darat Ke Eropah dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/anak-malaysia-cipta-sejarah-pandu.html