Judul : Bersabarlah hadapi dugaan, kata Najib
link : Bersabarlah hadapi dugaan, kata Najib
Bersabarlah hadapi dugaan, kata Najib
Perdana menteri memetik kisah Nabi yang banyak berdepan cacian dan tentangan tetapi bersabar sehingga berjaya.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengajak umat Islam supaya terus mengamalkan sifat sabar dalam mengharungi sebarang dugaan walaupun menghampiri penghujung bulan Ramadan.
Perdana menteri berkata dugaan adalah satu ujian untuk menilai sejauh mana kesabaran dan keimanan di mana berpuasa pada bulan Ramadan sedikit sebanyak mendidik sifat sabar dalam hati dan diri individu.
“Menahan lapar dan dahaga sebagaimana yang dirasai golongan yang kurang bernasib baik memerlukan nilai kesabaran yang tinggi, begitu juga dalam melakukan ibadah sunat sepanjang bulan Ramadan.
“Bayangkan betapa mulianya sifat sabar ini apabila terdapat 43 ayat yang menjelaskan tentang kesabaran dalam al-Quran,” katanya dalam catatan blog www.najibrazak.com.
Beliau berkata sifat sabar ini juga adalah satu sifat yang disukai oleh Allah.
Najib, yang turut memetik kisah Rasulullah dalam memperjuangkan syiar Islam, berkata banyak cabaran, cacian dan tentangan yang baginda hadapi tetapi berkat kesabaran, Islam berjaya disebarkan.
“Justeru itu, saya harap sama-samalah kita mengambil inspirasi akan kesabaran Rasulullah dalam menghadapi dugaan kerana Allah SWT telah menjanjikan kemenangan kepada mereka yang bersabar,” katanya.- FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPwgNf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Bersabarlah hadapi dugaan, kata Najib
Sekianlah artikel Bersabarlah hadapi dugaan, kata Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bersabarlah hadapi dugaan, kata Najib dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/bersabarlah-hadapi-dugaan-kata-najib.html