Buat Aduan Jika Terbeli Beras Dicampur Plastik

Buat Aduan Jika Terbeli Beras Dicampur Plastik - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buat Aduan Jika Terbeli Beras Dicampur Plastik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buat Aduan Jika Terbeli Beras Dicampur Plastik
link : Buat Aduan Jika Terbeli Beras Dicampur Plastik

Baca juga


Buat Aduan Jika Terbeli Beras Dicampur Plastik

IPOH – Orang ramai diminta membuat aduan rasmi kepada Pejabat Kawal Selia Padi Dan Beras sekiranya merasakan beras yang digunakan bukan beras tulen.

Pengarah Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras Perak, Abdul Rahim Rashid berkata tindakan pengguna yang membuat tural di media sosial tetapi tidak membuat laporan rasmi sebenarnya tidak membantu pihaknya mengambil sebarang tindakan susulan.

“Jika betul pengguna jumpa beras yang dikatakan plastik, mereka diminta datang kemukakan kepada pejabat buat aduan terus. Kalau sekadar tural susah nak ambil tindakan sebab tak ada bukti.
“Kami minta pengadu datang ke pejabat dan bawa bahan bukti supaya mudah untuk kami analisis termasuk mengambil sampel untuk dihantar ke makmal bagi mendapatkan keputusan kimia,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan dengan pemborong beras Cap Rambutan keluaran syarikat OEL Distribution (Perak) Sdn Bhd, hari ini.

Beliau berkata setakat ini hanya terdapat satu aduan secara rasmi dibuat oleh pengguna di Johor yang bagaimanapun hasil siasatan mendapati beras tersebut negatif plastik.

Selain membuat pemeriksaan, Abdul Rahim serta tujuh anggota penguatkuasa Kawal Selia Padi Dan Beras negeri turut mengambil sampel beras untuk dibuat ujian awal dan dihantar ke makmal bagi tujuan ujian kimia.

“Daripada ujian awal itu, kami mengesahkan tidak ada mesin yang dikatakan memproses beras daripada plastik, tetapi yang ada hanya mesin untuk kampitkan beras. Jadi untuk peringkat awal kita dapati memang tuduhan itu tidak berasas.

“Manakala ujian dari sampel beras yang diberikan syarikat serta beras yang diambil secara rawak di dalam gudang untuk ujian tekstur dan ujian iodin turut menunjukkan beras itu merupakan beras tulen,” katanya.

Tambahnya keputusan ujian kimia dijangka keluar dalam tempoh satu minggu seterusnya dirujuk kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dimaklumkan selepas Kedah dan Perak, pemeriksaan sama akan dilakukan di pemborong beras Cap Rambutan keluaran syarikat OEL Distribution (Selangor) Sdn Bhd dekat Rawang.

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shKFQG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Buat Aduan Jika Terbeli Beras Dicampur Plastik

Sekianlah artikel Buat Aduan Jika Terbeli Beras Dicampur Plastik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buat Aduan Jika Terbeli Beras Dicampur Plastik dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/buat-aduan-jika-terbeli-beras-dicampur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :