Judul : Buli Satu Tingkah Laku Berulang, 10 Simptom Ini Menunjukkan Anak Anda Menjadi Mangsa Buli - Pakar Kriminologi UKM
link : Buli Satu Tingkah Laku Berulang, 10 Simptom Ini Menunjukkan Anak Anda Menjadi Mangsa Buli - Pakar Kriminologi UKM
Buli Satu Tingkah Laku Berulang, 10 Simptom Ini Menunjukkan Anak Anda Menjadi Mangsa Buli - Pakar Kriminologi UKM
Tapi, tidak lagi pada masa kini, yang mana gejala buli sudah mula menjadi tular, di mana berita mengenai Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnai, pelajar UPNM, dan baru-baru ini, kita pula dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi insan, iaitu saudara T. Nhaveen, di mana kedua-dua mereka menjadi mangsa buli.
Bagi ibu bapa pula, mungkin anak-anak tidak berani untuk memberitahu mereka menjadi mangsa buli, kerana diiugut oleh pembuli, tapi menerusi perkongsia oleh seorang pensyarah, yang juga Pakar Kriminologi, iaitu Dr Mohammad Rahim Kamaluddin, telah kongsikan beberapa tanda yang boleh dilihat kepada anak yang dibuli.
Mari kita ikuti pekongsian darinya.
KEHILANGAN DUA PERMATA NEGARA....
Baru tadi saya menerima berita bahawa saudara T. Nhaveen (mangsa buli) telah meninggal dunia di Hospital Pinang selepas mengalami kematian otak beberapa hari yang lepas. Saudara T.Nhaveen merupakan seorang remaja yang berumur 18 tahun dan telah dibuli dan dicedarakan oleh sekumpulan remaja.
a. Definisi
Buli adalah satu tingkah laku agresif yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu ke atas seorang atau sekumpulan individu (mangsa) dengan tujuan untuk mencedarakan mangsa itu sama ada fizikal atau emosi. Lazimnya, buli adalah satu tingkah laku yang dilakukan secara berulang (repetitive) untuk tempoh yang tertentu.
b. Jenis Buli
Ramai yang menganggap buli adalah berbentuk fizikal sahaja seperti memukul, menendang, menampar dsb. Sebenarya buli boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu:
i. Buli secara fizikal (Physical bullying)
ii. Buli secara verbal (Verbal bullying)
iii. Buli secara social (Social bullying)
iv. Buli siber (Cyberbullying)
Secara ringkasnya, contoh tingkah laku untuk setiap buli adalah seperti berikut:
Buli fizikal
Buli verbal
Buli sosial
Cyberbully
Satu lagi bentuk buli adalah secara seksual. ia dikait rapat dengan gangguan seksual di mana pembuli membuli mangsa secara seksual seperti memegang alat sulit mangsa, meminta mangsa untuk menanggalkan pakaian di hadapan orang lain, melakukan aksi lucah di hadapan mangsa dsb.
c. Mengapa orang membuli?
i. Individu yang suka membuli adalah individu yang mempunyai kurang keyakinan diri dan juga penghargaan kendiri. Sebenarnya mereka adalah individu yang lemah dan untuk mengatasi dirinya adalah seorang lemah, mereka akan mencari jalan alternatif untuk nampak lebih yakin dan buli adalah satu cara yang membuatkan mereka adalah individu yang kuat - penghargaan kendiri yang palsu
ii. Individu ini sering dikaitkan dengan masalah pengherotan kognitif iaitu pemikiran yang bias. Mereka sering beranggapan bahawa mereka perlu mengkasari orang lain dan sekiranya mereka berbuat demikian, mereka menganggap mereka adalah kuat dan orang lain tidak akan membuli mereka.
iii. Individu-individu ini adalah mereka yang mempunyai sikap empati dan simpati yang rendah. Dalam erti kata lain, mereka tidak mempunyai belas kasihan terhadap mangsa.
iv. Mereka mempunyai tingkah laku anti-sosial. Anti sosial adalah satu tingkah laku di mana mereka suka membuat atau menunjukkan tingkah laku yang bertentangan dengan norma termasuklah melanggar undang-undang.
v. Pembuli juga mungkin adalah mangsa penderaan atau buli sebelum ini. Mereka adalah individu yang pernah dibuli atau didera dan mereka menganggap bahawa adalah tibalah giliran mereka untuk membuli yang lain (the cycle of bully)
vi. Faktor kekeluargaan - lazimnya, individu seperti ini adalah daripada keluarga yang mempunyai kurang hubungan kekeluargaan. Mereka adalah individu yang dibesarkan oleh ibubapa yang terlalu tegas / terlalu memberi kebebasan atau keluarga yang tidak mengendahkan tentang individu ini.
Buli bermula daripada perkara yang kecil seperti memanggil nama atau mengejek nama mangsa. Itu adalah petanda awal bahawa seorang kanak-kanak itu mula menunjukkan tingkah laku membuli.
TOLONG JANGAN PANDANG REMEH SEKIRANYA ANAK ANDA SUKA MENGEJEK NAMA KAWANNNYA!
Kadangkala, tingkah laku buli ini juga bermula dari rumah. Kita sebagai orang dewasa sering melabel seseorang dengan kata-kata yang tidak betul. Sebagai contohnya, seorang ibu atau ayah boleh melabelkan kawannya sebagai gajah sekiranya mangsa itu bersaiz besar.
e. Simptom-simptom anak kita jadi mangsa buli di sekolah
1. Perubahan emosi yang ketara (sedih, murung, dan kadangkala gembira)
2. Tidak menunjukkan minat untuk pergi ke sekolah (sekiranya anak anda tak nak pergi sekolah walaupun sihat, jangan paksa anak anda pergi ke sekolah sebaliknya bawa anak anda dan berjumpa dengan pihak sekolah. Mungkin anak anda tak nak pergi sekolah kerana beliau sering dibuli)
3. Pergi awal dan balik lewat dari sekolah (ada mangsa diugut untuk datang awal ke sekolah untuk dibuli)
4. Mengadu sakit perut (mungkin duit belanja anak anda dirampas oleh pembuli dan tidak dapat makan sewaktu rehat)
5. Ada kesan luka pada tubuh badan dan pakaian tidak kemas dan kotor/koyak (mungkin dipukul)
6. Sentiasa berasa rendah diri dan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang sangat rendah
7. Prestasi akademik merosot
8. Tidak membuat kerja sekolah (terpaksa membuat kerja sekolah kawannya)
9. Cara berjalan yang tidak betul (mungkin kena dibuli secara seksual)
10. Mencederakan diri
1. Ibu bapa
2. Guru
3. Rakan sekolah
4. Pihak sekolah
Kepada semua yang sedang membaca artikel ini, marilah kita berganding bahu untuk membanteras isu buli ini. Buli ini boleh berlaku di mana-mana sahaja - sekolah, universiti, tempat kerja, rumah dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu bertindak segera. Marilah kita sama-sama doakan untuk kedua-dua permata Mendiang T. Nhaveen dan Arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Saya dedicate artikel ini untuk kedua-dua permata
Al fatihah buat Zulfarhan Osman Zulkarnain
Rest in peace my dear brother T.Nhaveen
Sekian, terima kasih
Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin
Pakar Kriminologi, UKM
- Siakap Keli
BACA: Bila Mangsa Mula Menjadi Raksasa Akibat Dari Dendam Terdahulu, Hanya Berpegang Kepada ‘Api Dibalas Api, Air Dibalas Air’
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgE7QS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Buli Satu Tingkah Laku Berulang, 10 Simptom Ini Menunjukkan Anak Anda Menjadi Mangsa Buli - Pakar Kriminologi UKM
Anda sekarang membaca artikel Buli Satu Tingkah Laku Berulang, 10 Simptom Ini Menunjukkan Anak Anda Menjadi Mangsa Buli - Pakar Kriminologi UKM dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/buli-satu-tingkah-laku-berulang-10.html