Judul : Cadang Tandas Mesti Bersih, Kalau Nak Baharui Lesen
link : Cadang Tandas Mesti Bersih, Kalau Nak Baharui Lesen
Cadang Tandas Mesti Bersih, Kalau Nak Baharui Lesen
SEPANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji cadangan supaya pihak berkuasa tempatan menjadikan kebersihan tandas sebagai syarat untuk memperbaharui lesen restoran, kata Ketua Setiausahanya Datuk Mohammad Mentek.
Beliau berkata idea itu mencadangkan supaya restoran perlu memiliki tandas bertaraf empat bintang untuk memastikan lesen mereka diperbaharui yang merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kebersihan tandas awam di bawah pihak berkuasa tempatan.
“Bagaimanapun perkara ini masih di peringkat cadangan dan belum ada sebarang keputusan dibuat setakat ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian konsep baharu tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Selepas melawat dan meninjau tandas yang dinaik taraf di KLIA, Mohammad melahirkan rasa puas hati dan memuji konsep baharu tandas di lapangan terbang tersebut yang kini bertaraf lima bintang.
Antara ciri-ciri tandas konsep baharu KLIA ialah kemudahan menukar lampin yang kini turut disediakan di tandas lelaki bagi membolehkan golongan bapa menukar lampin anak masing-masing, lampu pada cermin di sinki dan pengering tangan individu yang disediakan di sebelah setiap sinki.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali berkata konsep baharu tandas di KLIA dilakukan secara kerjasama antara KPKT dan MAHB.
Beliau berkata bagi fasa pertama, 131 tandas dari jumlah keseluruhan 225 tandas yang terdapat di KLIA sudah dinaik taraf mengikut konsep baharu.
Kos untuk menaik taraf tandas di KLIA melibatkan RM30 juta dan kerja-kerjanya dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2019, katanya.
Mengenai pergerakan trafik penumpang di KLIA, Badlisham berkata bagi tempoh Januari hingga Mei 2017, jumlah penumpang meningkat sebanyak 25.9 peratus kepada 12 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ttMJmx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Cadang Tandas Mesti Bersih, Kalau Nak Baharui Lesen
Anda sekarang membaca artikel Cadang Tandas Mesti Bersih, Kalau Nak Baharui Lesen dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/cadang-tandas-mesti-bersih-kalau-nak.html