Judul : Caj RM285,000 Semalam Sepanjang 10 Akhir Ramadan
link : Caj RM285,000 Semalam Sepanjang 10 Akhir Ramadan
Caj RM285,000 Semalam Sepanjang 10 Akhir Ramadan
MAKKAH: Kos menginap di hotel lima bintang sepanjang tempoh 10 hari terakhir Ramadan dengan pemandangan Masjidilharam dikatakan mencecah SR250,000 (RM285,000).
Bagi bilik hotel lain di sekitar masjid berkenaan, harganya bermula daripada SR40,000 (RM45,500).
Bilik itu bagaimanapun tidak mempunyai pemandangan Masjidilharam walaupun ia berhampiran masjid berkenaan.
Media tempatan melaporkan, harga lebih rendah boleh didapati di hotel yang terletak pada jarak yang lebih jauh.
Selain itu di MADINAH pula, pihak pengurusan Masjid Nabawi berkata, kira-kira 13,575 jemaah mendaftarkan diri untuk beriktikaf di masjid berkenaan sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.
Daripada jumlah itu, 11,432 adalah lelaki dan 2,143 wanita, menurut Setiausaha Pengurusan Masjid Nabawi, Saud Al-Saedi yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA).
Tiga kawasan dikhususkan untuk jemaah lelaki dan satu untuk wanita dengan masing-masing perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan.
Antara syaratnya adalah memastikan kawasan itu bersih dan menamatkan iktikaf mereka selepas solat Isyak pada malam Ramadan terakhir.
Kawasan berkenaan dilengkapkan dengan kakitangan terlatih dan kemudahan teknikal untuk manfaat jemaah.- mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sG8Zw8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Caj RM285,000 Semalam Sepanjang 10 Akhir Ramadan
Sekianlah artikel Caj RM285,000 Semalam Sepanjang 10 Akhir Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Caj RM285,000 Semalam Sepanjang 10 Akhir Ramadan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/caj-rm285000-semalam-sepanjang-10-akhir.html