Ceramah santai daripada Hans

Ceramah santai daripada Hans - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ceramah santai daripada Hans, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ceramah santai daripada Hans
link : Ceramah santai daripada Hans

Baca juga


Ceramah santai daripada Hans

Lebih dua dekad berkecimpung dalam gelanggang seni tanah air, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac, 46, mengakui lebih selesa berada di belakang tabir.

Sudah puas mengecapi populariti dan sering berada depan khalayak sebagai pelakon popular, dia kini mengambil inisiatif untuk dikenali sebagai penceramah motivasi.

Pendekatan itu diambil selepas melihat semakin ramai anak muda suka mengeluh, mengharap bantuan dan ihsan orang lain.

“Sejak dulu lagi saya pasang niat bertemu anak muda untuk berkongsi pandangan dan pengalaman yang ada.

“Sekarang saya sedang merancang semuanya dan jika tiada aral ia akan dilaksanakan pada September atau Oktober nanti.

“Menjelang tarikh yang dipilih, saya dan pasukan akan membuat kempen bagi mempromosikan ceramah ini,” katanya.

Hans berkata, dia menyasarkan pelajar universiti dan akan menjelajah pusat pengajian tinggi di seluruh negara.

“Saya akan ke universiti bagi menarik lebih ramai pelajar. Menerusi ceramah berdurasi dua jam itu, saya tidak hanya berkongsi pandangan.

“Saya akan bawa bersama 12 selebriti yang terdiri daripada pelawak dan penyanyi untuk menghiburkan mereka.

“Ini adalah ceramah santai untuk memberi kesedaran kepada anak muda bahawa dalam melakukan sesuatu jangan terlalu bergantung harap kepada orang lain,” katanya.

Hans berkata, di samping berkongsi pengalaman dia akan bersama-sama memberi idea dan jalan penyelesaian untuk setiap permasalahan yang menghantui generasi muda.

“Anak muda sekarang suka merungut. Mereka mengeluh mengenai masalah negara sehingga ada yang terlalu bergantung harap pada kerajaan.

“Saya berharap ceramah ini sedikit sebanyak dapat membuka minda mereka selain akan lebih rasional dalam memikirkan sesuatu.

“Perlu diingat kita perlu berusaha sendiri dan boleh berjaya tanpa bantuan sesiapa,” katanya.

Berkongsi perkembangan karier seni, Hans mengakui terpaksa menolak tawaran beraksi dalam filem Polis Evo 2 dan sebuah lagi filem dari Singapura kerana mahu menumpukan perhatian terhadap program ceramah itu nanti.

The post Ceramah santai daripada Hans appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rxmu1U

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Ceramah santai daripada Hans

Sekianlah artikel Ceramah santai daripada Hans kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ceramah santai daripada Hans dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/ceramah-santai-daripada-hans.html

Subscribe to receive free email updates: