Dipenjara 7 Tahun Tipu Pemberian Anugerah Dato’

Dipenjara 7 Tahun Tipu Pemberian Anugerah Dato’ - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dipenjara 7 Tahun Tipu Pemberian Anugerah Dato’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dipenjara 7 Tahun Tipu Pemberian Anugerah Dato’
link : Dipenjara 7 Tahun Tipu Pemberian Anugerah Dato’

Baca juga


Dipenjara 7 Tahun Tipu Pemberian Anugerah Dato’

SHAH ALAM – Seorang lelaki bakal menyambut Aidilfitri kali ini di sebalik tirai besi selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadapnya kerana menipu seorang usahawan perabot kononnya boleh mendapatkan anugerah Dato’ Tengku Kerabat Diraja Kelantan, dua tahun lepas.

Hakim Zamri Bakar membuat keputusan itu selepas berpuas hati apabila pembelaan tertuduh, Mohd Azmi Ahmad Zahari, 53, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa hari ini selepas menolak permohonan peguam belanya, Faizal Rahman untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan selesai.

Seramai 12 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 15 Ogos tahun lepas.

Mohd Azmi didakwa menipu Yunus Hashim, 48, untuk mempercayai bahawa dia boleh mendapatkan anugerah Dato’ Tengku daripada Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan, padahal ia tidak sah mengikut Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Tindakan tertuduh itu telah mendorong Yunus untuk menyerahkan sekeping cek CIMB Islamic Cawangan Bandar Baru Klang bernilai RM70,000 bertarikh 1 April 2015.

Mohd Azmi didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat di Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7 di sini, kira-kira 2 petang pada 31 Mac 2015 dan dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, serta boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya yang bekerja sebagai pemandu teksi perlu menyara isteri dan lima anak, yang tiga daripada mereka masih bersekolah selain perlu menyara ibu berusia 74 tahun yang hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda.

Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat yang mengendalikan pendakwaan bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh, iaitu dia seolah-olah telah mempermainkan nama baik institusi kerabat Diraja Kelantan.

“Tertuduh sepatutnya lebih berhati-hati dalam hal-hal melibatkan institusi diraja khususnya dalam kes ini kerabat Diraja Kelantan. Justeru hukuman berat wajar dikenakan bagi melindungi kepentingan awam dan sebagai pengajaran kepada bakal-bakal pesalah lain supaya tidak melakukan kesalahan sama,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rxZnnW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Dipenjara 7 Tahun Tipu Pemberian Anugerah Dato’

Sekianlah artikel Dipenjara 7 Tahun Tipu Pemberian Anugerah Dato’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dipenjara 7 Tahun Tipu Pemberian Anugerah Dato’ dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/dipenjara-7-tahun-tipu-pemberian.html

Subscribe to receive free email updates: