Judul : Gelagat Wanita Korea Gayakan Samping Ala Skirt Curi Tumpuan Pengunjung Bazar Ramadan di Melaka
link : Gelagat Wanita Korea Gayakan Samping Ala Skirt Curi Tumpuan Pengunjung Bazar Ramadan di Melaka
Gelagat Wanita Korea Gayakan Samping Ala Skirt Curi Tumpuan Pengunjung Bazar Ramadan di Melaka
Kadang kala gelagat pelanggan dapat mencuit hati peniaga meskipun ianya berlaku secara spontan.
Seperti kisah yang dikongsikan seorang peniaga muda berusia 29 tahun ini di Bazar Ramadan Mega 2017 di Hang Tuah Mall Melaka. Melalui perkongsian peniaga samping Mohamed Asiff Mohamed Amiz di Facebook, seorang wanita warga Korea telah datang ke kedai melihat koleksi samping yang dijualnya.
Wanita itu datang pertama kali bersama keluarga pada Selasa lalu kira-kira jam 10 malam dan hanya melihat koleksi samping di satu daripada gerai di bazar tersebut.
Sumber: FacebookNamun keesokan harinya dia datang kembali dan terus mengambil satu samping berwarna hitam perak. Apa yang mencuit hati Asiff dan mencuri tumpuan pengunjung bazar adalah apabila wanita itu menyarungkan samping itu ala skirt pendek.
Meskipun pada awalnya gelagat wanita terbabit kelihatan agak pelik, Asiff akui ianya nampak sesuai dipadankan dengan baju kemeja putih yang dipakainya pada ketika itu.
Sumber: FacebookGaru kepala juga melihat gelagat wanita Korea itu. Namun apabila melihat samping yang disarung ala skirt itu nampak sesuai, rasa kagum pula.”
Asiff kemudian cuba berkomunikasi dengannya namun wanita itu tidak fasih berbahasa Inggeris dan suaminya pula hanya menyebut ‘good’ sepanjang berada di sana.
Disebabkan gelagat mencuit hati wanita itu, gerai Asiff dikerumuni hampir 20 pengunjung dan suasana menjadi meriah seketika. Asiff juga turut memuat naik gambar dia menggayakan cara memakai samping yang sebenar untuk membuat perbandingan.
Sumber: FacebookNetizen yang membaca status dikongsi Asiff di Facebook itu memberikan pelbagai reaksi. Ada yang mentertawakan wanita berkenaan kerana tidak tahu bagaimana cara menggayakan samping dengan betul. Memang lah, dia orang Korea kan…
Namun ada juga yang memberi respon positif dengan mengatakan wanita itu mencipta revolusi fesyen yang baru.
“Apa yang lawaknya. Patutnya kita terangkan lah pada dia bukan buat dia jadi bahan lawak.”
“Ini dinamakan variasi ataupun kepelbagaian. sekurang-kurangnya samping tu labuh la sikit dari skirt dia. Asal jangan kita yang lelaki tiru dia pakai macam ni pergi beraya sudah la.”
Dan tidak lupa juga yang memujinya kerana cara dia menggayakan samping itu cantik.
“Comel pula tengok dia gayakan samping tu jadi skirt. Kreatif sangat.”
“Lawa pula tengok dia pakai.”
Memang lah dia tak tahu dah dia orang Korea.. Tapi cantik juga kan?
Baca: Budak Mata Biru Disangka Pakai Kanta Lekap Curi Tumpuan di Beaufort
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGeGKU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Gelagat Wanita Korea Gayakan Samping Ala Skirt Curi Tumpuan Pengunjung Bazar Ramadan di Melaka
Anda sekarang membaca artikel Gelagat Wanita Korea Gayakan Samping Ala Skirt Curi Tumpuan Pengunjung Bazar Ramadan di Melaka dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/gelagat-wanita-korea-gayakan-samping.html