Judul : Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman
link : Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman
Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman
NABAWAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman optimis bahawa selepas pilihan raya akan datang hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu bertahan meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.Katanya parti-parti politik pembangkang sama ada yang lama atau baharu ditubuhkan akan senyap dan menyepi apabila selesai sahaja pilihan raya.
“Percayalah bahawa dengan kehadiran parti-parti pembangkang yang muncul seperti cendawan di waktu hujan, akan lenyap selepas hujan berhenti,” katanya ketika berucap pada Majlis Program Iftar Umno Zon 4 dan Perasmian Masjid Al-Hidayah, Pekan Nabawan, di sini Jumaat malam.
Justeru, Musa mengingatkan rakyat di Pensiangan, Keningau, Tenom dan Ranau agar sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh serta terkeliru dengan dakyah-dakyah yang dimainkan oleh parti pembangkang.
Katanya BN tidak gentar dengan kemunculan parti-parti pembangkang di Sabah kerana yakin dengan sokongan rakyat terhadap BN, termasuk penduduk Pensiangan, di mana masyarakatnya adalah bersatu.“Apa juga perayaan di sini (Pensiangan), apa juga perjumpaan di sini saya dapati kehadiran yang begitu ramai… saya sangat kagum dengan rakyat di sini,” katanya.
Musa juga mengingatkan rakyat di daerah ini supaya menghindarkan diri daripada dihinggapi sikap negatif seperti iri hati dan dengki kerana matlamat kepimpinan BN ialah untuk memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat.
Turut hadir di majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid serta Ketua Bahagian Umno Zon 4 iaitu Datuk Sairin Karno (Keningau), Datuk Ghani Yassin (Pensiangan), Datuk Seri Masidi Manjun (Ranau) dan Datuk Rubin Balang (Tenom).
Pada majlis itu, Musa turut merasmikan Masjid Al-Hidaya Pekan Nabawan yang berharga RM2 juta, selain meluluskan peruntukan pembinaan bilik jenazah serta perparitan masjid baharu itu.
Musa turut menyampaikan sumbangan kepada 13 cawangan kelas bimbingan saudara baharu di daerah Sook dan sembilan cawangan daerah Nabawan.
-- BERNAMA.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sC4js9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman
Anda sekarang membaca artikel Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/hanya-bn-mampu-teruskan-khidmat-kepada.html