'Hasrat berhari raya di kampung bagai terlaksana, dia pulang buat selama-lamanya'

'Hasrat berhari raya di kampung bagai terlaksana, dia pulang buat selama-lamanya' - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Hasrat berhari raya di kampung bagai terlaksana, dia pulang buat selama-lamanya', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Hasrat berhari raya di kampung bagai terlaksana, dia pulang buat selama-lamanya'
link : 'Hasrat berhari raya di kampung bagai terlaksana, dia pulang buat selama-lamanya'

Baca juga


'Hasrat berhari raya di kampung bagai terlaksana, dia pulang buat selama-lamanya'

JEMPOL: 'Hasrat suami untuk pulang berhari raya di kampung halaman akhirnya terlaksana dan dia pulang buat selama-lamanya', kata isteri Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari, Assyuhada Ahmad.

Menurut Assyuhada, mereka sepatutnya pulang ke Jempol esok dan ini akan menjadi Aidilfitri pertama bersama anak mereka Nur Hafiya, 6 bulan.

"Arwah teruja untuk beraya bersama keluarga ditambah dengan kehadiran bayi kami," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian Mohd Hasri di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, rancangan balik kampung kali ini sedikit berbeza kerana Allahyarham suaminya tidak meninggalkan pesan agar mengemas baju lebih awal walaupun itu adalah kebiasaan baginya.

"Kali ini dia hanya bagi tahu akan sampai ke Labuan 10 pagi hari ini dan akan pulang ke kampung esok.

"Kami akan kembali ke Labuan hari raya kedua tapi nampaknya memang arwah balik, tapi untuk selamanyalah," ujarnya sambil menahan sebak.

Sementara itu, ibu Allahyarham Mohd Hasri, Hatijah Abdul Hamid berkata, bagi memenuhi hasrat anaknya untuk pulang ke rumah, mereka memutuskan untuk membawa jenazahnya ke rumah terlebih dahulu sebelum dikebumikan.

"Kali terakhir dia hubungi makcik pada hari minggu untuk tanya tentang kain batik.

"Dia anak yang baik, tak pernah melawan. Dia nak balik esok, tapi dah tiba dia balik buat selama-lamanya," ujarnya.

Mohd Hasri merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Menurut Hatijah, anaknya itu menyimpan cita-cita untuk menjadi juruterbang TUDM sejak dari bangku sekolah.

Mejar Mohd Hasri merupakan salah seorang juruterbang pesawat Hawk 108 yang terhempas di Chukai, Kemaman tengah hari semalam.

Seorang lagi juruterbang yang maut adalah Mejar Mohd. Yasmi Mohamed Yusof.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sw1Oqw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel 'Hasrat berhari raya di kampung bagai terlaksana, dia pulang buat selama-lamanya'

Sekianlah artikel 'Hasrat berhari raya di kampung bagai terlaksana, dia pulang buat selama-lamanya' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Hasrat berhari raya di kampung bagai terlaksana, dia pulang buat selama-lamanya' dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/hasrat-berhari-raya-di-kampung-bagai.html

Subscribe to receive free email updates: