Judul : Kanak-kanak 2 Tahun Jadi Tempat Melampias Nafsu Rakan Ibunya Di Sarawak
link : Kanak-kanak 2 Tahun Jadi Tempat Melampias Nafsu Rakan Ibunya Di Sarawak
Kanak-kanak 2 Tahun Jadi Tempat Melampias Nafsu Rakan Ibunya Di Sarawak
Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.
Anak-anak ibarat kertas putih, sungguh suci dan dapat ditulis oleh sesiapa sahaja di sekelilingnya. Tetapi malang sekali bagi adik ini, zaman kanak-kanaknya akan sentiasa dihantui kisah gelap oleh kerana nafsu kawan ibunya sendiri.
Menurut World Of Buzz, terdapat satu kes di Sarawak di mana seorang kanak-kanak berusia 2 tahun hampir dirogol di kediaman di dalam rumah panjang.
Lebih teruk lagi, lelaki yang cuba merogol kanak-kanak itu merupakan rakan kepada ibunya. Eh, berani betul!
Pada 30 Mei kira-kira jam 10 malam, lelaki itu menghadirkan diri ke rumah mangsa kerana telah dijemput oleh ibunya untuk menyambut perayaan Gawai Dayak bersama-sama.
Setelah lelaki berkenaan tiba di rumah itu, ibu mangsa terus menjemputnya masuk ke dalam rumah tanpa sebarang syak wasangka.
Oleh sebab lelaki itu dianggap bukan orang asing baginya, wanita tersebut membiarkan sahaja dia berseorangan sementara menunggu majlis bermula dan kembali ke dapur untuk menyiapkan juadah makanan bagi majlis perayaan tersebut.
Disebabkan sibuk menyiapkan majlis, wanita itu telah membiarkan anak perempuannya tidur seorang diri di dalam bilik. Jikalau dia tahu apa yang bakal berlaku malam itu, nescaya dia tidak akan membiarkan anaknya seorang diri walaupun di rumah sendiri.
Sedang dia sibuk di dapur, wanita itu tiba-tiba terdengar bunyi anaknya menangis dengan kuat. Bimbang dengan keadaan anaknya, dia segera meninggalkan kerja di dapur dan bergegas ke bilik anak perempuannya.
Di situlah dia menyaksikan sesuatu yang tiada ibu di dunia ini ingin melihat iaitu anak menjadi mangsa pemuas nafsu rakannya sendiri. Ketika ditemui, lelaki itu sudah tidak berseluar dan anaknya di dalam keadaan bogel.
Terkejut dengan kehadiran ibu kanak-kanak itu, lelaki tersebut terus lari dari tempat kejadian dan berjaya melepaskan diri. Namun, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis keesokan pagi supaya lelaki itu terima balasan atas kesalahannya.
Dengan kecekapan pihak polis, lelaki itu berjaya ditangkap dan telah pun dijatuhkan hukuman dua hari lepas. Dia disabitkan salah atas tuduhan cubaan merogol dan dikenakan hukuman sebanyak 15 tahun di penjara dan 4 kali sebatan. Padan muka! Terima kasih pihak polis yang bertindak pantas dalam kes sebegini..
Berjaga-jagalah dengan siapa kita mahu berkawan selepas ini, kita tidak tahu rahsia apa yang sebenarnya mereka simpan.
Baca : Warga Emas Korek Kemaluan Kanak-Kanak Berusia Enam Tahun di Tempat Awam di Kuala Terengganu
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rFKeMB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Kanak-kanak 2 Tahun Jadi Tempat Melampias Nafsu Rakan Ibunya Di Sarawak
Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak 2 Tahun Jadi Tempat Melampias Nafsu Rakan Ibunya Di Sarawak dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/kanak-kanak-2-tahun-jadi-tempat.html