Judul : Kanak-kanak Ketagih Merokok Sudah Berhenti Merokok
link : Kanak-kanak Ketagih Merokok Sudah Berhenti Merokok
Kanak-kanak Ketagih Merokok Sudah Berhenti Merokok
SUMATERA - INDONESIA: Masih ingat lagi Aldi Rizal, seorang kanak-kanak yang ketagih merokok suatu ketika dahulu? Rupanya-rupanya Aldi sudah lama berhenti merokok.
Ketika berusia dua tahun, foto Aldi merokok dan ceritanya 'mengamuk apabila tidak diberikan rokok' ketika berusia dua tahun tular di laman sosial.
Aldi yang kini berusia sembilan tahun telah berhenti menghisap rokok empat tahun lalu.
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Aldi berhenti merokok dengan bantuan ahli psikologi kanak-kanak, Dr. Seto Mulyadi.
Sebagai permulaan, rokok-rokok yang menjadi 'santapan' Aldi digantikan dengan makanan.
Proses tersebut 'terlalu berjaya' menyebabkan Aldi ditimpa masalah kedua, iaitu berat badannya naik mendadak.
"Selepas berhenti merokok, Aldi makan dengan sangat banyak apabila dia rasa seperti mahu merokok," kata ibu Aldi, Diana.
"Aldi akan makan tiga kaki ayam dalam satu hidangan, tiga mangkuk bakso sekaligus, minum susu sekali waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.
"Kalau kemahuannya tidak diturutkan, Aldi akan mengamuk. Ketika itu berat badannya memang tidak terkawal," jelas Diana.
Namun setelah saiz badannya kerap menjadi ejekan rakan sebaya, Aldi berjaya mengawal nafsu makannya dan kini mempunyai berat badan normal. - SinarHarian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJphVc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Kanak-kanak Ketagih Merokok Sudah Berhenti Merokok
Sekianlah artikel Kanak-kanak Ketagih Merokok Sudah Berhenti Merokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak Ketagih Merokok Sudah Berhenti Merokok dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/kanak-kanak-ketagih-merokok-sudah.html