Judul : Kenderaan Terkena Bom, 6 Askar Thai Maut
link : Kenderaan Terkena Bom, 6 Askar Thai Maut
Kenderaan Terkena Bom, 6 Askar Thai Maut
PATTANI: Enam askar Thailand terbunuh dan empat lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena sebutir bom yang ditanam di tengah jalan di sini kelmarin.
Kejadian berlaku pada tengah hari kelmarin, ketika sebuah pikap yang membawa 10 askar melalui jalan Pru Thung Nam Dam di daerah Thung Yang Daeng.
Jurucakap polis berkata, sebutir bom yang ditanam di tengah jalan yang tidak bertar itu meletup ketika kenderaan itu melaluinya.
Letupan kuat menyebabkan kenderaan itu berkecai dan semua mangsa tercampak.
“Serangan ini dipercayai didalangi kumpulan pemisah kerana daerah ini diletakkan dalam kawasan merah,” kata jurucakap polis, Pruk Liangsukwho.
Menurutnya, sehingga kini pihak berkuasa masih menyiasat serangan berkenaan.
Serangan itu adalah kekacauan terbaru di selatan Thailand yang kini menyaksikan peningkatan keganasan sejak beberapa bulan lalu.
Menurut badan pemantau antarabangsa, konflik di tiga wilayah di selatan Thailand yang memuncak sejak 2004 sudah meragut 6,800 nyawa. - Agensi
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBuqeL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Kenderaan Terkena Bom, 6 Askar Thai Maut
Sekianlah artikel Kenderaan Terkena Bom, 6 Askar Thai Maut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenderaan Terkena Bom, 6 Askar Thai Maut dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/kenderaan-terkena-bom-6-askar-thai-maut.html