Judul : Lelaki 'Wanted' Maut Selepas Rempuh Van Polis
link : Lelaki 'Wanted' Maut Selepas Rempuh Van Polis
Lelaki 'Wanted' Maut Selepas Rempuh Van Polis
PARIS: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang tersenarai dalam pemerhatian pihak berkuasa maut selepas keretanya yang diisi senjata dan botol gas merempuh sebuah van polis di kawasan beli-belah Champs-Elysees, semalam.
Penyerang berkenaan dikenal pasti sebagai Adam Dzaziri maut tetapi tiada orang lain cedera. Sehingga semalam, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.
Lelaki terbabit dilaporkan tersenarai dalam pemerhatian polis sejak 2015 kerana mempunyai kaitan dengan pergerakan radikal. Dia bagaimanapun tiada rekod jenayah.
Menteri Dalam Negeri Gerard Collomb berkata, kereta dipandu Adam merempuh barisan kenderaan polis yang sedang melalui Champs-Elysees.
Jurucakap kementerian, Pierre-Henry Brandet berkata, kereta Adam kemudian terbakar.
Rakaman video menunjukkan asap tebal dan api marak dari kereta itu selepas rempuhan. Polis kemudian menemui raifal Kalashnikov, pistol, peluru dan botol gas di dalam kereta itu.
Saksi yang hanya dikenali sebagai Alexandre, 51, berkata: “Orang ramai menjerit dan bertempiaran melarikan diri. Mereka menyuruh saya lari.”
Polis pada mulanya menutup dua stesen kereta api Metro di situ, tetapi dua jam kemudian keadaan kembali normal dengan pelancong dilihat mengambil swafoto dan membeli-belah. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sUnNbl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Lelaki 'Wanted' Maut Selepas Rempuh Van Polis
Sekianlah artikel Lelaki 'Wanted' Maut Selepas Rempuh Van Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki 'Wanted' Maut Selepas Rempuh Van Polis dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/lelaki-wanted-maut-selepas-rempuh-van.html