Judul : MAA: Jualan Kenderaan Bulan Mei Meningkat 18%
link : MAA: Jualan Kenderaan Bulan Mei Meningkat 18%
MAA: Jualan Kenderaan Bulan Mei Meningkat 18%
Jumlah jualan kenderaan sentiasa ada turun dan naiknya. Bagi tahun ini, dua bulan pertama mencatat penurunan sebanyak masing-masing 31% dan 5% untuk bulan Januari dan Februari, tetapi pada bulan Mac ia menunjukkan peningkatan 26.5%, seterusnya pada bulan April turun kembali 20%. Kini dengan sudah memasuki bulan Jun, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengeluarkan data jumlah jualan bagi bulan Mei, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 18%.
Peratusan ini ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, 44,034 buah kenderaan penumpang dijual pada bulan Mei, dan ini adalah 7,854 lebih tinggi berbanding bulan April 2017. Jika dibandingkan pula dengan bulan sama pada tahun 2016, jumlah ini adalah 13% lebih tinggi. Kenderaan komersial pula mencatat tambahan jualan 334 unit menjadi keseluruhan 3,440 unit untuk bulan Mei.
Melihat pula kepada jualan pada tahun 2017, sehingga bulan Mei, jumlah yang dicatat adalah 206,859 unit. Ini sebenarnya adalah tidak jauh beza dengan jumlah yang dicatat pada tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 205,265 unit.
Peningkatan jumlah jualan ini, menurut MAA adalah dipacu oleh musim perayaan yang semakin dekat dan pelancaran model kenderaan baru. Ia juga dijangka berterusan untuk bulan Jun atas sebab yang sama, ditambah pula jumlah hari bekerja pada bulan Jun lebih pendek kerana sambutan Hari Raya. - Paultan
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rG3COk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel MAA: Jualan Kenderaan Bulan Mei Meningkat 18%
Sekianlah artikel MAA: Jualan Kenderaan Bulan Mei Meningkat 18% kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MAA: Jualan Kenderaan Bulan Mei Meningkat 18% dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/maa-jualan-kenderaan-bulan-mei.html