'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi

'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi
link : 'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi

Baca juga


'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi

KUALA LUMPUR: "Mak tidak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad."

Itu antara perbualan terakhir Datin Hanizah Ibrahim, ibu kepada Mejar Yazmi Mohamed Yusof, yang menjadi mangsa nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hawk 108.

Katanya, nasihat yang diberi itu langsung tidak dibalas anak bongsu kepada empat beradik tersebut.

Pegawai TUDM yang juga rakan Allahyarham turut bersama membantu proses pengurusan jenazah Mejar Yazmi di Titiwangsa - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

"Saya rasa kehilangan sangat, dia ibarat anak emas dalam keluarga. Adik beradik yang lain pun sayang pada dia. Kalau kena marah pun dia tidak pernah menjawab.

"Saya cakap dengan dia, 'mak restu kamu jadi juruterbang, mak hendak kamu meninggal dengan satu keping, mak tak nak kamu berkecai-kecai. Mak nak satu jasad'.

"Dia (Yazmi) tidak menjawab. Itu antara perbualan terakhir kami," kata Hanizah selepas selesai upacara pengebumian Allahyarham Mejar Yazmi di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini hari ini.

Hanizah turut menceritakan perbualan terakhir beliau bersama anak keempatnya itu pada Selasa lalu.

"Saya tidak sangka dia pergi dahulu sebelum saya. Saya ingat saya dulu (meninggal dunia). Akhir sekali dia telefon saya pada hari Selasa malam Rabu.

"Dia kata dia nak terbang ke Kuantan, sekarang dia buat latihan di Kuantan, doakan lah dia. Saya jawab, saya doakan semua, tentera darat, laut dan udara. Mak doakan untuk semua dan untuk negara.

"Saya tanya, balik raya tak? Dia kata balik Teluk Intan," jelas Hanizah.

Allahyarham Mejar Yazmi meninggalkan seorang balu, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam orang anak iaitu Mikhail Adam Riaz, 11, Mukhriz Anwar Riaz, 10, Muaz Addin Riaz, 7, sepasang kembar, Mika Adden Riaz dan Mika Addin Riaz, masing-masing 4 tahun dan Musa Ayman Riaz, 3 Tahun. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Hanizah yang terima dengan redha pemergian Yazmi berjanji akan memastikan keenam-enam cucunya itu mendapat pendidikan yang sempurna walaupun tanpa bapa.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8cj2M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel 'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi

Sekianlah artikel 'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad' - Ibu Mejar Yazmi dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/mak-tak-mahu-kamu-berkecai-kecai-mak.html

Subscribe to receive free email updates: