MCA: Dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian'

MCA: Dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian' - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA: Dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA: Dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian'
link : MCA: Dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian'

Baca juga


MCA: Dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian'

MALAYSIAKINI



Dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian. Itu antara tiga pendekatan yang digunakan Barisan Nasional (BN) dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen Segambut daripada pembangkang.

Pengerusi MCA Bahagian Segambut Datuk Daniel Ling Sia Chin berkata pendekatan tersebut bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut, malah keyakinan pengundi terhadap BN juga dilihat kian meningkat.

"Sejak tahun lalu, kita amalkan tiga pendekatan iaitu dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah rakyat... hasilnya kini pengundi terutamanya kaum Cina dilihat kembali berpihak kepada kita.

"Di sini dah dua penggal kerusi dipegang pembangkang tetapi mereka dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat... oleh itu kita di pihak MCA dan parti komponen BN yang lain mengambil pendekatan dengan menyelesaikan masalah demi kepentingan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Umum ke-14 MCA Bahagian Segambut yang disempurnakan Ketua MCA Wilayah Persekutuan Datuk Yew Teong Look.

Ling berkata pihaknya juga bekerjasama dengan pelbagai agensi dan pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat Alam Flora Sdn Bhd bagi menyelesaikan beberapa masalah dihadapi masyarakat dalam parlimen itu.

"Di sini terdapat pelbagai masalah seperti longkang tersumbat hingga menyebabkan banjir kilat dan jalan berlubang teruk hingga menyebabkan kemalangan... ini yang kita cuba atasi dan selesaikan," katanya.- Bernama




Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel MCA: Dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian'

Sekianlah artikel MCA: Dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA: Dengar, selidik dan cari jalan penyelesaian' dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/mca-dengar-selidik-dan-cari-jalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :