Judul : "Mommy. What About Daddy"?
link : "Mommy. What About Daddy"?
"Mommy. What About Daddy"?
Foto BERNAMA |
KUALA LUMPUR: "Mommy. What about daddy"? Soalan tersebut diajukan seorang daripada enam anak Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof sebaik selesai urusan pengebumian jenazah Allahyarham tengah hari Jumaat.
Balu Allahyarham Yazmi, Noor Shafora Izwa Mohd Helmi kemudian memeluk erat dan menenangkan anaknya itu sebelum bersalaman dan bertegur sapa dengan anggota keluarga dan rakan seperjuangan Allahyarham.
Soalan itu telah membuatkan suasana menjadi lebih pilu di kawasan Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini sebaik sahaja jenazah juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 itu yang terkorban dalam nahas pada Khamis, dikebumikan kira-kira 12.15 tengah hari.
Jenazah Yazmi, 39, sebelum itu dibawa dari Pangkalan TUDM Kuantan menaiki pesawat Charlie C130H ke Pangkalan TUDM Subang sebelum dibawa ke Masjid Ibn Sina, Titiwangsa untuk solat jenazah yang dipimpin Pegawai Agama Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Mejar Mohamad Muntaha Saleh.
Selain anggota keluarga dan sanak saudara, turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Johari Baharom dan Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Affendi Buang.
Bacaan Yasin dan tahlil ringkas dipimpin oleh Pengarah Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kol Baharizan Zainal sebelum jenazah juruterbang itu disemadikan.
Johari ketika ditemui pemberita berkata siasatan nahas tersebut akan disegerakan bagi mencari punca kejadian itu selain menggiatkan usaha mendapatkan bangkai pesawat untuk membantu siasatan.
"Kita amat sedih dengan apa yang berlaku. Kita akan bantu taja pelajaran anak-anak Allahyarham sehingga selesai tempoh pelajaran dengan menggunakan dana yang akan ditentukan kelak, " katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan berbincang untuk menaikkan pangkat kedua-dua juruterbang yang terkorban itu bagi menghargai jasa dan khidmat bakti yang telah dicurah selama ini.
Yazmi dan seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu pada Khamis.
Jasad mereka ditemui pada pukul 2.30 petang Khamis, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjung masing-masing yang menunjukkan mereka telah melepaskan diri daripada pesawat itu.
Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada pukul 11 pagi Khamis, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rxBVY7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel "Mommy. What About Daddy"?
Sekianlah artikel "Mommy. What About Daddy"? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "Mommy. What About Daddy"? dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/mommy-what-about-daddy.html