Judul : Putus Tunang! Biarlah Saya Selesaikan Dulu
link : Putus Tunang! Biarlah Saya Selesaikan Dulu
Putus Tunang! Biarlah Saya Selesaikan Dulu
Penyanyi Indah Ruhaila memberitahu dia tidak berhasrat untuk memberi sebarang kenyataan terhadap status pertunangannya yang dikhabarkan sudah berakhir.
Indah, 30, berkata, dia perlu menyelesaikan perkara tersebut cara baik agar tidak melukakan hati mana-mana pihak.
“Susah untuk saya komen tentang perkara ini kerana ia akan melibatkan keluarga dan banyak hati yang perlu dijaga. Jadi, biarlah saya selesaikan secara baik dahulu sebelum beri sebarang kenyataan.
“Insya-Allah, saya akan beri jawapan dalam masa terdekat,” ujarnya .
Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, ditemui pada majlis berbuka puasa bersama peminat yang diadakan di Ruang, di sini, malam Ahad.
Indah mengikat tali pertunangan dengan seorang pengurus akaun seminggu sebelum memasuki program Akademi Fantasia 2013.
Sementara itu, Indah turut menafikan dakwaan muncul orang ketiga sebagai punca ikatan pertunangan yang dibina selama empat tahun itu berantakan.
“Masalah hubungan kami itu tiada kena mengena dengan orang ketiga. Saya tidak mahu memberitahu atau cerita perkara ini kepada umum kerana ia terlalu peribadi.
“Apa yang saya harapkan agar semua peminat mendoakan yang terbaik tentang hubungan kami,” ujarnya.
The post Putus Tunang! Biarlah Saya Selesaikan Dulu appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqaoF5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Putus Tunang! Biarlah Saya Selesaikan Dulu
Anda sekarang membaca artikel Putus Tunang! Biarlah Saya Selesaikan Dulu dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/putus-tunang-biarlah-saya-selesaikan.html