Rai 300 artis veteran

Rai 300 artis veteran - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rai 300 artis veteran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rai 300 artis veteran
link : Rai 300 artis veteran

Baca juga


Rai 300 artis veteran

Jasa dan sumbangan penggiat seni veteran terhadap negara dan masyarakat sememangnya tidak dapat dinafikan.

Ada di antara mereka menyumbang bakti menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat ketika sebelum bermula era televisyen lagi.

Mereka diibaratkan lilin yang sanggup membakar diri menerangi persekitaran kerana tidak semuanya kekal sihat dan hidup mewah pada penghujung usia.

Oleh itu, tidak hairanlah mereka sering diraikan dan diberi sedikit imbuhan oleh pihak tertentu terutama pada Ramadan ini.

Langkah ini turut diambil Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad apabila menganjurkan majlis berbuka puasa dan memberikan sumbangan terhadap 300 artis veteran, anak yatim dan pelajar tahfiz di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara artis yang hadir ialah Datuk Dahlan Zainuddin dan isteri, Datin Effa Rizan, Azmil Mustapha, Hail Amir, Uji Rashid, Mek Habsah, Zainal Rampa, Amran Tompel, Mak Jah, Jamaludin Mat dan Harun Hashim.

Pengarah Urusan dan pengasasnya, Datuk Ibrahim Yahaya menjalin kerjasama dengan ketua kumpulan Ukays, Azmi Hassan atau Amy bagi merealisasikan impian ini.

Ibrahim berkata, pihaknya begitu komited untuk membantu artis veteran yang kurang upaya, sakit, ditimpa musibah dan sebagainya selain turut membantu pusat pengajian tahfiz serta rumah anak yatim.

“Awal tahun ini, kami sudah membangun dan melancarkan Program Guarana Bersama Rakyat bertujuan membantu kerajaan menangani masalah peningkatan kos sara hidup rakyat sekali gus menambah pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

“Saya kini dalam perancangan menubuhkan sebuah yayasan iaitu Yayasan Ladang Guarana Rakyat Malaysia yang 20 peratus hasil daripada keuntungan pendapatan bagi satu ekar ladang kami akan disalurkan kepada yayasan ini,” katanya.

Menurutnya, hasil inilah yang akan diagih-agihkan sebahagiannya kepada artis veteran yang kurang berkemampuan, sekolah tahfiz dan anak yatim.

“Pada masa sama, kami mempunyai Ritz Airline Sdn Bhd dan sebagai langkah pertama, kami akan menaja artis veteran kurang berkemampuan yang tak pernah menunaikan ibadah umrah pada awal tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Amy yang juga pemain keyboard Ukays berkata, dia mula terbabit sebagai ahli lembaga pengarah dan pemegang saham dalam Ritz Guarana Plantation Holding sejak empat bulan lalu.

“Sebagai artis, saya tergerak hati membantu meringankan beban golongan miskin dan kurang upaya menerusi program dianjurkan.

“Ini adalah projek pertama kami untuk membantu artis. Hanya mereka yang betul-betul memerlukan akan dibantu. Bantuan ini akan diberikan setiap tahun,” katanya.

Menurut Amy, tanaman Guarana akan membuahkan hasil setiap enam bulan dan kutipan daripada jualan ini akan dimasukkan ke dalam tabung yayasan.

“Saya dan Datuk (Ibrahim) sentiasa berbincang untuk mengenal pasti penerima bantuan yang benar-benar layak.

“Kami faham ramai artis yang memerlukan bantuan, tapi kami hanya boleh membantu dalam kadar yang terhad,” katanya.

Dalam pada itu, mereka juga akan mengadakan majlis khas bersama rakyat yang akan diadakan di Pulau Pinang pada Aidilfitri ini.

“Orang ramai dijemput hadir ke tapak pesta Pulau Pinang bersempena rumah terbuka Aidilfitri pada 16 Julai depan.

“Kami bukan saja membuat persembahan bersama artis tapi pada masa sama ingin membantu rakyat mengalami transformasi ekonomi baru,” katanya.

The post Rai 300 artis veteran appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIiz1A

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Rai 300 artis veteran

Sekianlah artikel Rai 300 artis veteran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rai 300 artis veteran dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/rai-300-artis-veteran.html

Subscribe to receive free email updates: