Judul : Samsung Mempatenkan Kerangka Telefon Dengan Pengecas Jam Pintar Terbina
link : Samsung Mempatenkan Kerangka Telefon Dengan Pengecas Jam Pintar Terbina
Samsung Mempatenkan Kerangka Telefon Dengan Pengecas Jam Pintar Terbina
Benda paling menjengkelkan tentang jam pintar ialah ia perlu dicas lebih kerap berbanding jam biasa. Secara purata jam tangan pintar perlu dicas setiap dua hari. Ia turut memerlukan pengecas khas yang sukar untuk dibawa. Samsung menyedari masalah ini dan mempatenkan kerangka untuk telefon pintar dengan pengecas jam tangan pintar terbina.
Kerangka dengan rekaan folio ini mempunyai pad pengecasan tanpa wayar untuk jam tangan pintar pada bahagian penutup. Ia turut mempunyai pengecas tanpa wayar untuk telefon pintar terletak pada penutup belakang. Dengan satu sambungan USB-C, kerangka ini mampu mengecas dua peranti serentak.
Turut difailkan ialah rekaan kerangka untuk tablet dengan sistem yang sama. Bagi mereka yang tidak suka membawa lebih daripada satu pengecas apabila keluar dari rumah, rekaan kerangka ini pastinya menarik.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tj5vhk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Samsung Mempatenkan Kerangka Telefon Dengan Pengecas Jam Pintar Terbina
Anda sekarang membaca artikel Samsung Mempatenkan Kerangka Telefon Dengan Pengecas Jam Pintar Terbina dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/samsung-mempatenkan-kerangka-telefon.html