Judul : Syarikat Air Negeri Diarah Pastikan Bekalan Air Cukup
link : Syarikat Air Negeri Diarah Pastikan Bekalan Air Cukup
Syarikat Air Negeri Diarah Pastikan Bekalan Air Cukup
PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) mengarahkan kesemua syarikat air negeri supaya mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan bekalan air mencukupi dan berterusan pada perayaan Aidil Fitri.
Kementerian berkata sempena perayaan itu, warga kota akan pulang ke kampung halaman menyebabkan permintaan bekalan air di kawasan-kawasan tersebut meningkat sehingga lima hingga enam kali ganda daripada kebiasaan.
“Beberapa syarikat air negeri juga telah mengenal pasti beberapa kawasan yang dijangka mengalami tekanan air rendah atau gangguan bekalan air sepanjang musim perayaan ini akibat permintaan air yang meningkat.
“Kawasan-kawasan terlibat boleh disemak melalui laman sesawang syarikat air di negeri masing-masing,”kata KETTHA dalam kenyataan hari ini.
Bagi mengurang gangguan bekalan, syarikat air negeri akan membuka bilik gerakan 24 jam di negeri masing-masing untuk memantau keadaan bekalan air sepanjang tempoh musim perayaan itu.
Selain itu, syarikat-syarikat air akan memantau dengan lebih rapi semua paras empangan, sungai dan muka sauk loji serta paras air di tangki simpanan utama bagi sistem agihan sebagai langkah proaktif untuk mengelak atau mengurang gangguan.
KETTHA berkata pihaknya akan meningkatkan pengeluaran loji-loji rawatan air untuk memenuhi permintaan air yang meningkat, menempatkan tangki-tangki statik di kawasan-kawasan kritikal yang telah dijangka menghadapi kekurangan bekalan air semasa waktu puncak serta menghantar lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang menghadapi gangguan bekalan air.
“Syarikat air juga akan bersiap siaga bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan seberapa segera sekiranya berlaku kerosakan loji atau paip pecah, merancang kerja-kerja penyenggaraan lebih awal dan membuat hebahan melalui aplikasi, laman web syarikat air atau lain-lain kaedah bagi sebarang maklumat berhubung status bekalan air di kawasan tertentu,”katanya.
Dalam pada itu, kementerian itu turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan air secara berhemah serta menyimpan air dengan cukupnya sebelum tiba musim perayaan dan melaporkan segera kepada syarikat air di negeri masing-masing sekiranya ternampak paip bocor atau paip pecah di mana-mana kawasan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sj0rJw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Syarikat Air Negeri Diarah Pastikan Bekalan Air Cukup
Anda sekarang membaca artikel Syarikat Air Negeri Diarah Pastikan Bekalan Air Cukup dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/06/syarikat-air-negeri-diarah-pastikan.html