Ahli Parlimen PSM Saman ADUN DAP, Dakwa Tipu Isytihar Harta !

Ahli Parlimen PSM Saman ADUN DAP, Dakwa Tipu Isytihar Harta ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen PSM Saman ADUN DAP, Dakwa Tipu Isytihar Harta !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen PSM Saman ADUN DAP, Dakwa Tipu Isytihar Harta !
link : Ahli Parlimen PSM Saman ADUN DAP, Dakwa Tipu Isytihar Harta !

Baca juga


Ahli Parlimen PSM Saman ADUN DAP, Dakwa Tipu Isytihar Harta !


PETALING JAYA: Dr Michael Jeyakumar Devaraj memfailkan saman fitnah terhadap seorang adun DAP selepas gagal memohon maaf atas dakwaan ahli Parlimen Sungai Siput itu menipu dalam pengisytiharan hartanya, Mei lalu. 

Beliau yang terkenal dengan pengisytiharan harta setiap tahun sebaliknya berkata, Adun Sungkai, A Sivanesan yang menipu dengan membuat kenyataan mendakwa beliau tidak mengisytiharkan semua hartanya. 

Katanya, kenyataan Sivanesan itu disiarkan di muka depan akhbar berbahasa Tamil, Tamil Malar pada 21 Mei lalu. “(Laporan itu) mendakwa ‘aset yang diberikan bapa Dr Jeyakumar, seorang doktor pakar terkenal’ tidak dimasukkan dalam deklarasi aset,” kata ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu dalam satu kenyataan. 

Beliau kemudiannya menghubungi beberapa pemimpin DAP serta Sivanesan sendiri untuk mendesaknya menarik balik dakwaan itu serta memohon maaf dalam tempoh 10 hari, namun naib pengerusi DAP Perak itu enggan berbuat demikian.

Katanya, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dan Pengarah Pendidikan Politik, Liew Chin Tong diminta campur tangan dan meminta Sivanesan memohon maaf. 

“Tetapi, usaha itu tidak berjaya. Peguam saya juga menghantar surat kepadanya pada 23 Mei lalu. Surat balas Sivanesan pada 29 Mei menafikan kenyataannya mencemarkan nama saya.” Justeru, beliau tiada pilihan lain kecuali menyaman Sivanesan. 

“Bagi PSM, pengumuman aset setiap tahun adalah kewajipan ahli yang menjadi ahli Majlis Kerajaan Tempatan, adun dan ahli Parlimen. Dakwaan Sivanesan amat berat implikasinya,” katanya. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Ahli Parlimen PSM Saman ADUN DAP, Dakwa Tipu Isytihar Harta !

Sekianlah artikel Ahli Parlimen PSM Saman ADUN DAP, Dakwa Tipu Isytihar Harta ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen PSM Saman ADUN DAP, Dakwa Tipu Isytihar Harta ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/07/ahli-parlimen-psm-saman-adun-dap-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :