Cina Mualaf dilabel MALAY WANNABE hanya kerana PERTAHANKAN BAHASA KEBANGSAAN negara ini

Cina Mualaf dilabel MALAY WANNABE hanya kerana PERTAHANKAN BAHASA KEBANGSAAN negara ini - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cina Mualaf dilabel MALAY WANNABE hanya kerana PERTAHANKAN BAHASA KEBANGSAAN negara ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cina Mualaf dilabel MALAY WANNABE hanya kerana PERTAHANKAN BAHASA KEBANGSAAN negara ini
link : Cina Mualaf dilabel MALAY WANNABE hanya kerana PERTAHANKAN BAHASA KEBANGSAAN negara ini

Baca juga


Cina Mualaf dilabel MALAY WANNABE hanya kerana PERTAHANKAN BAHASA KEBANGSAAN negara ini


Selain “macai kerajaan”, label yang paling banyak saya dapat ialah “Malay wannabe”.
Disebabkan saya (1) berbahasa Melayu sepanjang masa (ya, dalam pertuturan harian pun, kalau anda orang Malaysia tapi bercakap dengan saya guna Bahasa Inggeris, saya akan balas balik guna Bahasa Melayu), (2) beragama Islam, dan (3) agak tersinggung apabila orang kutuk Melayu, maka saya dicop Malay wannabe. “Nak jadi Melayu”. “Nak jadi Ridhuan Tee”.
Gila tak terasa. Bukan apa, sebab Ridhuan Tee tak cukup kacak (gurau sahaja ya ustaz, saya memang kenal beliau pun).
Mungkin dari segi Perlembagaan Malaysia saya dah cukup syarat seorang “Melayu”. Tapi saya tak minat nak jadi Melayu. Saya bangga dilahirkan sebagai Cina. Tak ada kontradiksi antara menjadi seorang Cina dan pada masa yang sama mempertahankan nama Melayu.
Orang macam kami ini digelar “Malayophile” (pencinta Melayu). Sama seperti “Anglophile” (pencinta Inggeris), “Francophile” (pencinta Perancis), “Japanophile” (pencinta Jepun) dan lain-lain. Malayophile menaruh apresiasi yang tinggi pada budaya Melayu.
Budaya Melayu yang dimaksudkan di sini bukan budaya urban Melayu yang “speaking” sepanjang masa dan acah-acah hipster Mat Saleh. Budaya Melayu yang saya maksudkan ialah budaya tempatan klasik yang boleh dilihat pada kehidupan masyarakat kampung dan desa, dan pada orang Melayu yang masih mempunyai jati diri.
Apakah ciri-ciri seorang Malayophile?
Jumpa bagi salam. Sebelum bercakap, ada pembuka bicara. Berkias dalam melepaskan perasaan. Itulah adab asas masyarakat Melayu, bukan “hey yo what dude” macam monyet Caucasian.
Suka dan boleh membaca tulisan Jawi. Bahasa Melayu tanpa Jawi umpama jasad yang tak berjiwa. Pemansuhan Jawi adalah zalim kerana ia memutuskan kita daripada “berkomunikasi” dengan nenek moyang kita. Kita tak sedar sebenarnya ada banyak mesej yang nenek moyang kita mahu sampaikan melalui Jawi.
Menjiwai sastera dan seni Melayu. Mengacara tak sah kalau tak berpantun. Dan setiap perpisahan itu elok dihiasi dengan pantun. Ungkapan cinta yang terbaik ialah pantun rindu dan gurindam kasih, bukan lawak “cia cia cia” atau “ayat win”.
Gemar makanan Melayu. Makan pakai tangan. Saya sendiri suka masakan Kelantan, kerana makanannya penuh dengan falsafah. Budu dan tapai mungkin rasanya pelik pada yang kurang meminati, tapi bagi saya umpama makanan dari langit.
Dan seterusnya minat terhadap pakaian dan busana Melayu, cerita rakyat Melayu, irama klasik Melayu dan lain-lain. Budaya moden yang masih mencerminkan Ke-Melayu-an pun kami terima.
Kami menghargai setiap khazanah dan tradisi lampau budaya Melayu. Bukan saja-saja sesuatu tradisi itu diwujudkan. Di sebalik setiap tradisi, ada kenyataan luhur budi dan cerminan halus pekerti yang bertunjangkan pandangan alam Islami. Maka fahami dan hayatilah sebelum mengeji.
Kami juga sedar bahawa Melayu adalah pembina tamadun yang hebat, maka jangan memandang rendah terhadap potensi diri, dan majukanlah bangsa dengan acuan syariat dan adat. Kenapa perlu merendah-rendahkan diri seolah-olah tidak mempunyai harga diri?
Itulah asbab untuk menjadi seorang Malayophile. Kalau orang Melayu tak menghargainya, biarlah kami yang meneruskan obor menjunjung Ke-Melayu-an.
(dalam gambar: Prof. Tatiana Denisova dan Prof. Teo Kok Seng, Malayophile yang tersohor)
(alang-alang Helmi Effendy II dah buka topik)



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Cina Mualaf dilabel MALAY WANNABE hanya kerana PERTAHANKAN BAHASA KEBANGSAAN negara ini

Sekianlah artikel Cina Mualaf dilabel MALAY WANNABE hanya kerana PERTAHANKAN BAHASA KEBANGSAAN negara ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cina Mualaf dilabel MALAY WANNABE hanya kerana PERTAHANKAN BAHASA KEBANGSAAN negara ini dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/07/cina-mualaf-dilabel-malay-wannabe-hanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :