Penganalisis politik jangka Dr Mahathir mahu pilih sendiri calon PM pembangkang

Penganalisis politik jangka Dr Mahathir mahu pilih sendiri calon PM pembangkang - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganalisis politik jangka Dr Mahathir mahu pilih sendiri calon PM pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganalisis politik jangka Dr Mahathir mahu pilih sendiri calon PM pembangkang
link : Penganalisis politik jangka Dr Mahathir mahu pilih sendiri calon PM pembangkang

Baca juga


Penganalisis politik jangka Dr Mahathir mahu pilih sendiri calon PM pembangkang

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan kenyataan dolak-dalik terbaru yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada kaitan dengan cubaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mahu menguasai Pakatan Harapan (PH).
 
Malah menurut Edwin Michael yang merupakan pensyarah di Universiti Tun Razak (UTAR) ini, Dr Mahathir sedang memberi petunjuk bahawa keputusan berkenaan siapa bakal calon perdana menteri hanya boleh diputuskan oleh beliau.
 
"Saya rasa Mahathir cuba tunjukkan satu mesej yang kuat kepada PH bahawa sebenarnya Anwar tidak layak sama sekali untuk menjadi perdana menteri dan siapa yang bakal menjadi perdana menteri adalah akan ditentukan oleh Mahathir, itu adalah mesej yang sangat jelas diberikan kepada PH. 
 
"Saya melihat ini menjadi satu indikator yang sangat jelas bahawasanya Mahathir cuba untuk menguasai PH dengan menjadi individu yang memberikan kata putus tentang siapa yang akan menjadi perdana menteri," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Pandangan Edwin itu merujuk kepada kenyataan Dr Mahatir dalam temu bual bersama media asing, The Guardian baru-baru ini yang kononnya beliau menyokong  Anwar diangkat menjadi perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.
 
Namun, kenyataan tersebut kemudiannya dinafikan beliau sendiri sejurus selepas itu.
 
Ditanya mengenai tindakan Mahathir yang membuat pusingan 'u-turn' ke atas kenyataannya itu, Edwin kemudiannya menganggap Mahathir sengaja memberi 'harapan palsu' kepada ahli dalam PKR yang bersorak gembira dengan sokongan beliau terhadap ketua mereka itu.
 
Malah bagi Edwin, penafian mantan perdana menteri itu seterusnya membuka pekung dalam pembangkang bahawa mereka masih tidak sependapat tentang calon jawatan penting itu.
 
"Parti Keadilan Rakyat ini telah diberikan harapan yang sangat tinggi bahawa Anwar bakal dijadikan perdana menteri dan kemudian Mahathir membuat u-turn dan menafikan membuat kenyataan sedemikian telah menunjukkan satu bukti yang sangat jelas bahawa tidak ada konsensus sehingga kini dalam PH berkenaan siapa yang bakal jadi perdana menteri.
 
"Ini juga menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa PH khususnya Mahathir masih bertelagah sesama mereka tentang siapa yang bakal menjadi perdana menteri.
 
Menurut sejarah, Dr Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab dalam menjatuhkan karier politik Anwar selepas beliau memecatnya dari jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998.
 
Tetapi pada hari ini, Dr Mahathir berpaling tadah apabila bersama dan menyokong pembangkang kerana mahu menjatuhkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Sehingga kini, persoalan mengenai siapa yang bakal mewakili pembangkang untuk dipilih sebagai perdana menteri masih belum terjawab.
 
Malah pada bulan lalu, Anwar secara sukarelanya telah menarik diri untuk dicalonkan sebagai perdana menteri sekiranya pakatan berjaya menakluk Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
 


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Penganalisis politik jangka Dr Mahathir mahu pilih sendiri calon PM pembangkang

Sekianlah artikel Penganalisis politik jangka Dr Mahathir mahu pilih sendiri calon PM pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganalisis politik jangka Dr Mahathir mahu pilih sendiri calon PM pembangkang dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/07/penganalisis-politik-jangka-dr-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :