Zahid: Patuh Arahan Atau Berdepan Risiko Tidak Bertanding PRU !

Zahid: Patuh Arahan Atau Berdepan Risiko Tidak Bertanding PRU ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid: Patuh Arahan Atau Berdepan Risiko Tidak Bertanding PRU !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: Patuh Arahan Atau Berdepan Risiko Tidak Bertanding PRU !
link : Zahid: Patuh Arahan Atau Berdepan Risiko Tidak Bertanding PRU !

Baca juga


Zahid: Patuh Arahan Atau Berdepan Risiko Tidak Bertanding PRU !

KUALA LUMPUR: DAP berdepan risiko tidak dapat menyertai pilihan raya umum ke-14 jika parti itu gagal mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau kesal DAP mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan arahan JPPM yang merujuk kepada perlembagaan parti itu dan Akta Pertubuhan 1996.
Meskipun begitu, Zahid berkata JPPM tidak akan membatalkan pendaftaran parti itu, walau apapun yang sudah berlaku.
“Sekiranya mereka berhasrat untuk bertanding mereka perlu ikut arahan JPPM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan Umno Gombak.
Menteri menjelaskan jika parti itu gagal patuhi arahan JPPM, maka calon yang ingin bertanding pada PRU nanti tetapi tiada dalam senarai perwakilan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP 2012 tidak akan dapat bertanding PRU.
Beliau berkata JPPM tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman DAP, tetapi hanya bertindak mengikut undang-undang dan perlembagaan.
“DAP mesti fahami apa yang cuba saya sampaikan dan apa yang disebut dalam kenyataan JPPM.
“JPPM sudah berikan mereka masa, selepas pemilihan semula 2013 untuk mereka adakan pemilihan semula dengan menggunakan senarai perwakilan 2012 tetapi tidak,” katanya.
Beliau menjelaskan pihaknya akan mencampuri keputusan JPPM dalam isu ini.
Zahid mengulangi nasihat kepada JPPM supaya berlaku profesional dan mengambil tindakan mengikut perlembagaan DAP dan Akta Pertubuhan.
Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan mereka tidak akan mengadakan pemilihan semula baharu tetapi mahu bertemu JPPM.
Jumaat lepas, Ketua Pengarah JPPPM Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 iaitu yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 buah cawangan.
Pada 17 April 2013, 3 minggu sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei, JPPM menghantar sepucuk surat kepada DAP menyatakan CEC baharu parti itu tidak diiktiraf disebabkan pertikaian berhubung pemilihan parti.
Bagaimanapun, JPPM mengeluarkan sepucuk lagi surat pada 19 April memaklumkan parti itu dibenar menggunakan logo roketnya pada PRU.
Pada 22 Januari 2014, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi pihak parti itu dengan menyatakan JPPM tiada kuasa di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk menafikan pengiktirafan CEC yang dipilih semula pada 29 September 2013.
DAP menarik balik permohonan itu pada 23 September 2014, susulan pengiktirafan JPPM terhadap CEC dipilih semula itu dan pendiriannya yang kenyataan berhubung perkara itu sekadar nasihat dan tidak sah. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Zahid: Patuh Arahan Atau Berdepan Risiko Tidak Bertanding PRU !

Sekianlah artikel Zahid: Patuh Arahan Atau Berdepan Risiko Tidak Bertanding PRU ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid: Patuh Arahan Atau Berdepan Risiko Tidak Bertanding PRU ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/07/zahid-patuh-arahan-atau-berdepan-risiko.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :