PAS ikrar pertahan Selangor

PAS ikrar pertahan Selangor - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS ikrar pertahan Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS ikrar pertahan Selangor
link : PAS ikrar pertahan Selangor

Baca juga


PAS ikrar pertahan Selangor

MALAYSIAKINI


BN tidak akan dibiarkan berkuasa semula di Selangor dan PAS akan mempertahankan kerajaan di negeri tersebut, kata salah seorang pemimpin tertingginya hari ini.

Langkah itu, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, akan dilakukan beberapa parti yang akan bersama PAS untuk memberi sokongan.

“Mana-mana negeri yang telah kita menangi, kita akan bertanding dan mempertahankan kemenangan," katanya malam kelmarin seperti dipetik Harakahdaily.

Bagaimanapun timbalan presiden PAS itu tidak menamakan parti yang dimaksudkannya atau memperincikan langkah yang akan diambil mereka untuk mempertahankan Selangor daripada BN.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas akhbar Singapura, Straits Times, melaporkan Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hampir setiap hari sejak beberapa bulan lalu.

Akhbar itu menyatakan kedua-dua pemimpin terbabit sering berbual melalui telefon selepas Abdul Hadi selesai menjalani pembedahan jantung Mei lalu.

Pakatan berkenaan, dakwa Straits Times, dibuat untuk menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - negeri yang kini dikuasai PKR, DAP dan Parti Amanah Nagara (AMANAH).

PAS sudah memutuskan hubungan dengan PKR dan menolak sebarang kerjasama dengan DAP serta AMANAH. Bagaimanapun wakil mereka dalam kerajaan negeri kekal sehingga kini.

Komen Tuan Ibrahim itu juga dibuat tiga hari selepas Pesuruhjaya PAS Selangor mengumumkan kesediaan mereka bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"PAS Selangor bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih pada PRU ke-14 dan bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang oleh BN atau Pakatan Harapan (HARAPAN)," kata Sallehen Mukhyi.

Untuk rekod, dua daripada anggota komponen HARAPAN - AMANAH dan DAP - ialah seteru utama PAS, manakala dua parti lagi melengkapkan gabungan itu ialah PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).




Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel PAS ikrar pertahan Selangor

Sekianlah artikel PAS ikrar pertahan Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS ikrar pertahan Selangor dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/08/pas-ikrar-pertahan-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :