BN Selangor adakan siri ceramah 'Jelajah Kasih Negeriku'

BN Selangor adakan siri ceramah 'Jelajah Kasih Negeriku' - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Selangor adakan siri ceramah 'Jelajah Kasih Negeriku', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Selangor adakan siri ceramah 'Jelajah Kasih Negeriku'
link : BN Selangor adakan siri ceramah 'Jelajah Kasih Negeriku'

Baca juga


BN Selangor adakan siri ceramah 'Jelajah Kasih Negeriku'

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor akan menjelajah ke seluruh negeri itu menerusi siri ceramah 'Jelajah Kasih Negeriku' bertujuan menyampaikan maklumat terkini membabitkan isu tempatan dan nasional selain menjadi medium komunikasi dengan rakyat Selangor.
 
Ketua Penerangannya Datuk Mohamad Satim Diman berkata jelajah yang berkonsepkan santai dan berinformasi itu akan bermula pertengahan bulan ini meliputi kesemua 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
"Kita akan turun ke semua kawasan ini kerana kita dapat banyak aduan dan maklumat mengenai kegagalan kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang untuk berkhidmat kepada rakyat serta memungkiri janji yang dibuat ketika pilihan raya umum (PRU) sebelum ini seperti penyediaan pendidikan percuma dan infrastruktur yang baik.
 
"Kita nak pastikan rakyat Selangor mendapat pembelaan sewajarnya dan pada masa sama menerusi jelajah ini BN akan dekati rakyat Selangor untuk jelaskan isu-isu nasional yang dimomokkan kepada mereka oleh pembangkang seperti isu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," katanya pada sidang media semalam.
 
Selain itu Mohamad Satim berkata Jelajah Kasih Negeriku akan membuka peluang kepada kumpulan sasar untuk melontarkan idea dan berkongsi pelbagai maklumat bagi membolehkan pihaknya merangka jalan penyelesaian termasuk menyediakan manifesto BN Selangor pada PRU ke-14 (PRU14).
 
Menurutnya siri jelajah itu akan bermula di DUN Selat Klang dan akan diteruskan ke kawasan DUN lain sehingga tiba PRU14.
 
Beliau berkata BN Selangor turut memperkenalkan talian khas hotline 019-7917936 sebagai saluran maklumat bagi memudahkan rakyat membuat aduan membabitkan kawasan mereka.
 
 


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel BN Selangor adakan siri ceramah 'Jelajah Kasih Negeriku'

Sekianlah artikel BN Selangor adakan siri ceramah 'Jelajah Kasih Negeriku' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Selangor adakan siri ceramah 'Jelajah Kasih Negeriku' dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/bn-selangor-adakan-siri-ceramah-jelajah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :