Buka sempadan, saya tanggung kos pelarian Rohingya, kata Erdogan kepada Bangladesh

Buka sempadan, saya tanggung kos pelarian Rohingya, kata Erdogan kepada Bangladesh - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buka sempadan, saya tanggung kos pelarian Rohingya, kata Erdogan kepada Bangladesh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buka sempadan, saya tanggung kos pelarian Rohingya, kata Erdogan kepada Bangladesh
link : Buka sempadan, saya tanggung kos pelarian Rohingya, kata Erdogan kepada Bangladesh

Baca juga


Buka sempadan, saya tanggung kos pelarian Rohingya, kata Erdogan kepada Bangladesh



ANKARA – Krisis yang melanda etnik minoriti Islam Rohingya semakin menghimpit apabila setiap hari dilaporkan ribuan mereka dibunuh dengan kejam oleh rejim Myanmar di negeri barat Rakhine.

Pemimpinnya, Aung San Suu Kyi terus mengambil pendekatan berdiam diri, tanpa sebarang respon terhadap konflik yang semakin memuncak itu sehingga hampir 90,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

Meskipun Bangladesh adalah satu-satunya negara yang berkongsi sempadan dengan Myanmar, namun negara itu juga enggan menerima kemasukan puluhan ribu pelarian Rohingya sehingga terpaksa mengusir sebahagian daripadanya.

Bagaimanapun, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengambil inisiatif dengan menawarkan pembiayaan kewangan kepada kerajaan Bangladesh bagi menampung kemasukan pelarian Rohingya, dengan syarat sempadan negara itu dibuka kepada etnik minoriti berkenaan.

Katanya, Turki sedia menampung semua perbelanjaan oleh kerajaan Bangladesh untuk menampung kemasukan puluhan ribu pelarian Rohingya ke negara itu.

Malah, Erdogan juga menyeru pemimpin-pemimpin negara Islam lain untuk mengadakan perbincangan selama tiga hari berhubung krisis itu, selain bakal mengusulkannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, hujung bulan ini.

Erdogan menegaskan bahawa beliau akan tetap membawa isu itu ke PBB, meskipun perwakilan lain enggan bercakap mengenainya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Erdogan telah menghubungi dengan 14 pemimpin tertinggi negara Islam bagi membincangkan isu tersebut.- Agensi




Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Buka sempadan, saya tanggung kos pelarian Rohingya, kata Erdogan kepada Bangladesh

Sekianlah artikel Buka sempadan, saya tanggung kos pelarian Rohingya, kata Erdogan kepada Bangladesh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buka sempadan, saya tanggung kos pelarian Rohingya, kata Erdogan kepada Bangladesh dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/buka-sempadan-saya-tanggung-kos.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :