Judul : Maut dipanah petir di tapak pembinaan
link : Maut dipanah petir di tapak pembinaan
Maut dipanah petir di tapak pembinaan
ANTARAPOSKUCHING: Seorang lelaki maut dipanah petir ketika sedang melakukan kerja-kerja memasang perancah besi di sebuah tapak projek pembinaan.
Kejadian malang yang berlaku pada 2.30 petang semalam turut disaksikan bapa mertua mangsa yang kemudiannya cuba menahan mangsa daripada jatuh.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan kejadian itu.
"Ketika itu, cuaca agak mendung, berangin dan hampir hujan.
"Mangsa sedang bekerja di tingkat satu bangunan tersebut apabila secara tiba-tiba kilat memanah tepat ke bahagian kepalanya, menyebabkannya terkulai dan rebah serta-merta," kata Abang Ahmad.
Mangsa dikenali sebagai Nasion Raby Tagik, 26, dari Rumah Jengging, Sungai Lajan, Song.
Selepas disambar petir, badan Nasion disambar bapa mentua dan rakan sekerjanya yang berada berhampiran sebelum jatuh ke bahagian bawah bangunan.
Pihak polis dan pasukan paramedik kemudiannya dihubungi dan selepas itu mengesahkan kematian mangsa.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat," kata Abang Ahmad lagi.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Maut dipanah petir di tapak pembinaan
Sekianlah artikel Maut dipanah petir di tapak pembinaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Maut dipanah petir di tapak pembinaan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/maut-dipanah-petir-di-tapak-pembinaan.html