MIC Cabar Kayveas Bertanding Di Pagoh, Jikalau Mahu BN Menang !

MIC Cabar Kayveas Bertanding Di Pagoh, Jikalau Mahu BN Menang ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MIC Cabar Kayveas Bertanding Di Pagoh, Jikalau Mahu BN Menang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MIC Cabar Kayveas Bertanding Di Pagoh, Jikalau Mahu BN Menang !
link : MIC Cabar Kayveas Bertanding Di Pagoh, Jikalau Mahu BN Menang !

Baca juga


MIC Cabar Kayveas Bertanding Di Pagoh, Jikalau Mahu BN Menang !

PETALING JAYA: Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam mengesyorkan Tan Sri M. Kayveas yang menuntut kerusi Cameron Highlands supaya bertanding di Pagoh sekiranya benar-benar mahu membantu Barisan Nasional (BN) membawa kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata kerusi tersebut dilihat sesuai ditandingi presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP) itu memandangkan ia kini dikuasai bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dipecat daripada Umno.
Semalam, Kayveas menyatakan beliau tetap bertanding di kawasan Cameron Highlands sama ada sebagai calon BN atau calon bebas.
Kayveas yang juga penasihat Kementerian Pengangkutan turut mendakwa beliau telah meminta ‘restu’ daripada Datuk Seri Najib Razak sebelum berkhidmat kepada masyarakat di Cameron Highlands kira-kira 2 tahun lepas bagi memastikan kemenangan BN.
Dipetik Bernama, Subramaniam yang juga menteri kesihatan berkata hasrat Kayveas bertanding kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14 akan dibincangkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN minggu ini.
Kata beliau, perkara itu perlu diberi perhatian kerana kerusi Cameron Highlands merupakan kerusi tetap yang ditandingi MIC sejak PRU11.
Beliau berkata MIC akan hanya memberikan laluan kepada mana-mana parti komponen BN bertanding di kawasan berkenaan atas arahan Najib yang merupakan pengerusi BN.
“Permintaan kerusi daripada parti komponen adalah perkara biasa dan kalau kita lihat pun, setiap kali menjelang pilihan raya perkara ini pasti berlaku.
“Namun, pucuk pimpinan diketuai pengerusi (BN) sendiri akan buat keputusan dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya selepas menghadiri Konvensyen MIC Negeri Perak ke-71 di Ipoh hari ini.
Kerusi Parlimen Cameron Highlands kini disandang bekas presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang memenanginya pada PRU13. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel MIC Cabar Kayveas Bertanding Di Pagoh, Jikalau Mahu BN Menang !

Sekianlah artikel MIC Cabar Kayveas Bertanding Di Pagoh, Jikalau Mahu BN Menang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MIC Cabar Kayveas Bertanding Di Pagoh, Jikalau Mahu BN Menang ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/mic-cabar-kayveas-bertanding-di-pagoh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :