PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan

PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan
link : PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan

Baca juga


PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan



PAS desak polis, Jakim dan KDN mengambil tindakan tegas terhadap Siti Kasim dan seorang pengguna Facebook berhubung catatan mengenai upacara korban.


david-orok-siti-kasim-korban-lembu

PETALING JAYA: PAS Selangor hari ini mendesak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap peguam Siti Kasim dan seorang pengguna Facebook, David Orok, berhubung catatan mengenai upacara korban.

Mereka mendesak pihak berkuasa melancarkan siasatan kerana catatan mereka menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Selangor mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Siti Kasim yang mendakwa Tuhan tidak pernah memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya dan Al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi itu daripada Tuhan.

“Kenyataan itu berbaur hasutan dan berbentuk provokasi. Ini bercanggah dengan ajaran Islam malah menyentuh sensitiviti umat Islam yang mengamalkan ajaran yang jelas berdasarkan pandangan para ulamak dan fuqaha’.

“Siti Kasim tiada kelayakan akademik dan tidak ada integriti dalam mengulas hal ehwal Islam, termasuk memberi pandangan tentang kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail,” kata PAS Selangor dalam kenyataan selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam.

Kenyataan itu dibuat secara bersama oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor Rizuan Rahmat; Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Halim dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan.

PAS menjelaskan sembelihan korban bukan sekadar sembelihan binatang tetapi sebagai tanda syukur dan amalan bersedekah atas nikmat rezeki daripada haiwan ternakan sebagai sebahagian pensyariatan korban tersebut.

“Binatang ternakan diciptakan Allah sebagai sumber rezeki dan makanan kepada manusia sejak zaman-berzaman, tidak mengira agama dan bangsa.

“Hanya Islam menjadikan penyembelihan dan korban disyariatkan bagi menghalalkan daging untuk dimakan dan juga sebagai tanda syukur serta mengenang peristiwa kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika Aidiladha.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan

Sekianlah artikel PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Selangor desak Siti Kasim, David Orok dikenakan tindakan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/pas-selangor-desak-siti-kasim-david.html

Subscribe to receive free email updates: