Peguam Tun M gesa RCI buat laporan polis ke atas JASA [TONTON VIDEO] - Hallo sahabat
HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam Tun M gesa RCI buat laporan polis ke atas JASA [TONTON VIDEO], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Bola Sepak,
Artikel Malaysia,
Artikel Malaysia Today,
Artikel News,
Artikel Perniagaan,
Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Peguam Tun M gesa RCI buat laporan polis ke atas JASA [TONTON VIDEO]link :
Peguam Tun M gesa RCI buat laporan polis ke atas JASA [TONTON VIDEO]
Peguam Tun M gesa RCI buat laporan polis ke atas JASA [TONTON VIDEO]
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
PUTRAJAYA: Peguam yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan gesaan supaya laporan polis dibuat terhadap Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berikutan kenyataannya pada 9 September lalu.
Haniff Khatri Abdulla berkata keterangan bekas penolong gabenor bank negara, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada 6 September lalu tidak merujuk kepada Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang didakwa Puad.
Sebaliknya kata Haniff, keterangan Nor Mohamed merujuk kepada bekas gabenor dan timbalannya pada ketika itu, iaitu Tan Sri Jaafar Hussein dan Tan Sri Lin See Yan.
"Bagaimana mereka menyentuh keterangan yang diberikan Nor Mohamed di mana mengatakan orang atasan yang dirujuk oleh beliau semestinya adalah Dr Mahathir dan Anwar.
"Pada kami ia salah dan satu penyelewengan keterangan sebab dalam rekod Nor Mohamed menunjukkan orang atasan yang dimaksudkan dan katakan dalam keterangan itu adalah bekas gabenor BNM (Jaafar) dan timbalannya (Lin).
"Bagi kami kenyataan dibuat tidak boleh menimbulkan penghinaan dan celaan kepada saksi. Dan menjadi satu tanggungjawab RCI untuk memelihara martabat dan maruah saksi," ujarnya ketika ditemui pemberita di luar bilik bicara di Istana Kehakiman, hari ini.
Respon Haniff itu merujuk kepada penggulungan Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Tan Sri Sidek Hassan yang berkata tiada keperluan untuk membuat laporan polis terhadap Mohd Puad.
Ia diputuskan Sidek selepas meneliti 42 dokumen dan 25 keterangan saksi berdasarkan prosiding selama lapan hari.
Puad sebelum ini mendakwa keterangan Nor Mohamed cuba melindungi Dr Mahathir, selepas mengaku bertanggungjawab di atas kerugian yang ditanggung Bank Negara Malaysia (BNM).
Puad juga mempersoal mengapa jumlah kerugian sebenar yang ditanggung BNM berbeza dengan laporan yang dibentangkan di Kabinet pada waktu itu.
Anwar, saksi ke-21 prosiding itu pada 7 September lalu disoal suruhanjaya berkenaan jumlah sebenar kerugian kepada kabinet.
Ia berikutan kenyataan Anwar yang mendakwa kerugian itu bernilai RM5.7 bilion, namun Sidek mendakwa jumlah sebenarnya adalah RM32 bilion.
Appear first on
Harian Melayu
Demikianlah Artikel Peguam Tun M gesa RCI buat laporan polis ke atas JASA [TONTON VIDEO]
Sekianlah artikel Peguam Tun M gesa RCI buat laporan polis ke atas JASA [TONTON VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peguam Tun M gesa RCI buat laporan polis ke atas JASA [TONTON VIDEO] dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/peguam-tun-m-gesa-rci-buat-laporan.html
Related Posts :
Status Baitulmaqdis kekal - PBBANTARAPOS
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempertimbangkan resolusi draf mendapati … Read More...
Sultan Selangor: JAKIM perlu patuh dasar MAIS SELANGOR December 13, 2017 4:00 pm 90 OLEH SHEEDA FATHIL KLANG, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berkhidmat di negeri itu, supaya patuh dengan dasar dan garis panduan ditetapkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sultan Sharafuddin bertitah, pegawai JAKIM perlu memberi ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada baginda selaku Ketua Agama Islam, di Selangor sepanjang tempoh berkhidmat walaupun menerima gaji dan elaun daripada Kerajaan Persekutuan. Baginda turut bertitah semua perkara berkaitan hal ehwal Agama Islam negeri terletak sepenuhnya, di bawah kuasa pertimbangan baginda. “Beta ingin mengingatkan JAKIM yang bertindak sebagai badan agama di peringkat Persekutuan hanya berfungsi selaku agensi pusat yang berperanan menyelaras perkara berkaitan agama Islam antara negeri, di Malaysia. “Setiap satu dasar berkaitan agama Islam daripada JAKIM sebagai contohnya isu persijilan halal, zakat, pemakaian sesuatu fatwa, wakaf dan sebagainya yang ingin dilaksanakan di negeri ini perlu merujuk kepada MAIS terlebih dahulu. “MAIS sebagai badan penasihat agama Islam kepada Beta sebelum perkara ini diangkat untuk dilulus dan dilaksanakan,” titah baginda. Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Imam Masjid-masjid Seluruh Negeri Selangor, di Istana Alam Shah, Klang, hari ini. Pada majlis sama, baginda turut berkenan menerima wakaf RM5 juta daripada Kerajaan Negeri bagi pembinaan Masjid Denai Alam, Shah Alam. Selain itu, Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut memberi tanah wakaf seluas 10 ekar bernilai RM74 juta khas bagi pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor.OLEH SHEEDA FATHIL
KLANG: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jab… Read More...
Terima kasih Hadi kerana prihatin - ADUN Umno P.PinangOleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Umno Pulau Pinang menghargai keprihatinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang lant… Read More...
Kanak-kanak bekas penghidap sakit jantung tawan Gunung Santubong
Bernama
Siti Nur Intan Hidayah Azhar, 9, menangis apabila berjaya sampai di puncak kerana tidak menyangka mampu berbuat demik… Read More...
Batal IMAMS jangan sekadar gimik politik - PASOleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: PAS berharap kerajaan tidak akan melakukan 'U-turn' dengan kembali melaksanakan sistem 'Inte… Read More...