Penyamun maut selepas bergelut dengan tuan rumah

Penyamun maut selepas bergelut dengan tuan rumah - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyamun maut selepas bergelut dengan tuan rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyamun maut selepas bergelut dengan tuan rumah
link : Penyamun maut selepas bergelut dengan tuan rumah

Baca juga


Penyamun maut selepas bergelut dengan tuan rumah



Penyamun maut selepas bergelut dengan tuan rumah
Anggota polis berada dilokasi dimana lelaki berkenaan ditemui mati ketika cuba pecah masuk rumah penduduk awal pagi tadi.
 
 
KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut selepas bergelut dengan penghuni sebuah rumah yang telah dipecah masuk di Felda Simpang Waha awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika mengesahkan kejadian berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi di kawasan perumahan Felda berkenaan melibatkan si mati yang juga merupakan seorang penduduk tempatan berusia 30 an.

Menurutnya, dalam kejadian itu penghuni rumah telah bertindak melindungi diri dan keluarga ekoran tindakan lelaki berkenaan yang telah memecah masuk ke dalam rumahnya.

"Dalam kejadian itu, penghuni rumah berkenaan telah bergelut dengan lelaki tersebut dan si mati telah meninggal dunia. Bagaimanapun siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan luar.

"Semakan juga mendapati si mati turut memiliki lebih lima rekod jenayah lampau. Siasatan kita pada masa ini menjurus pada kematian mengejut (SDR) dan juga Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambahnya, beliau meminta orang awam untuk memberikan masa kepada pihak polis bagi membuat siasatan lanjut kejadian tersebut.

Beliau juga meminta agar tidak ada pihak yang bertindak memanipulasikan kes berkenaan dengan ulasan dan pandangan tanpa berdasarkan fakta siasatan.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Penyamun maut selepas bergelut dengan tuan rumah

Sekianlah artikel Penyamun maut selepas bergelut dengan tuan rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyamun maut selepas bergelut dengan tuan rumah dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/penyamun-maut-selepas-bergelut-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :