Pihak bertanggungjawab aspek keselamatan mesti dipertanggungjawabkan

Pihak bertanggungjawab aspek keselamatan mesti dipertanggungjawabkan - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pihak bertanggungjawab aspek keselamatan mesti dipertanggungjawabkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pihak bertanggungjawab aspek keselamatan mesti dipertanggungjawabkan
link : Pihak bertanggungjawab aspek keselamatan mesti dipertanggungjawabkan

Baca juga


Pihak bertanggungjawab aspek keselamatan mesti dipertanggungjawabkan

 
Suhakam juga berkata Kementerian Pendidikan mest mengawal selia semua sekolah bagi memastikan langkah keselamatan dilaksanakan.


razali-suhakam


PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mahu pihak yang bertanggungjawab ke atas langkah keselamatan kebakaran di sekolah tahfiz yang terbakar di ibu negara semalam dipertanggungjawab di atas kejadian itu.

Pengerusi Tan Sri Razali Ismail berkata Kementerian Pendidikan harus memainkan peranan mengawal selia semula sekolah bagi memastikan pengurusan sekolah melaksanakan langkah keselamatan kebakaran dan risiko lain.

Beliau berkata murid-murid, serta para guru dan kakitangan sokongan, berhak belajar, mengajar dan bekerja dalam persekitaran yang selamat.

“Mereka ada hak untuk selamat dari kemalangan dan potensi bahaya,” katanya.

“Suhakam tidak boleh terima sekolah itu dibenarkan beroperasi tanpa mematuhi piawaian dan peraturan keselamatan dan kesihatan; termasuk pemeriksaan oleh bomba” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Suhakam berpandangan kod keselamatan kebakaran dan nyawa disediakan bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan dan untuk menyelamatkan nyawa; oleh itu, individu dan agensi bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan kerana kegagalan memastukan kepatuhan dan keselamatan.”

Kebakaran yang berlaku pada awal pagi semalam di sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah meragut 21 nyawa pelajar dan 2 guru.

Bomba menyiasat kemungkinan perbuatan khianat, dan unit anjing pengesan menghidu kesan kimia sekitar kawasan itu dan sampel dihantar ke mahkamah untuk kajian.

Dilaporkan mangsa tidak dapat melepaskan diri melalui pintu bilik asrama kerana dihalang 2 silinder gas.

Razali berkata Kementerian Pendidikan perlu bertindak sebagai pihak berkuasa kawal selia dan memastikan sekolah mematuhi langkah keselamatan kebakaran dan nyawa, kod bangunan dan sijil untuk premis sekolah.

“Tragedi yang boleh dielakkan ini satu peringatan kepada kerajaan bahawa semua sekolah, termasuk sekolah agama, mesti dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan kepatuhan kepada prosedur penubuhan sekolah,” katanya.

Beliau berkata tidak dapat dipastikan sama ada sekolah kini perlu menjalani penilaian risiko untuk mengenal pasti aspek seperti pencegahan kebakaran untuk keselamatan pengguna, termasuk laluan kecemasan yang sesuai.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Pihak bertanggungjawab aspek keselamatan mesti dipertanggungjawabkan

Sekianlah artikel Pihak bertanggungjawab aspek keselamatan mesti dipertanggungjawabkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pihak bertanggungjawab aspek keselamatan mesti dipertanggungjawabkan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/pihak-bertanggungjawab-aspek.html

Subscribe to receive free email updates: