[RAKYAT SEDIH] Tertekan kos sara hidup, KWSP dan Khazanah pula rancang labur RM29.4b di Amerika

[RAKYAT SEDIH] Tertekan kos sara hidup, KWSP dan Khazanah pula rancang labur RM29.4b di Amerika - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [RAKYAT SEDIH] Tertekan kos sara hidup, KWSP dan Khazanah pula rancang labur RM29.4b di Amerika, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [RAKYAT SEDIH] Tertekan kos sara hidup, KWSP dan Khazanah pula rancang labur RM29.4b di Amerika
link : [RAKYAT SEDIH] Tertekan kos sara hidup, KWSP dan Khazanah pula rancang labur RM29.4b di Amerika

Baca juga


[RAKYAT SEDIH] Tertekan kos sara hidup, KWSP dan Khazanah pula rancang labur RM29.4b di Amerika


Dalam pada kedudukan ringgit merosot teruk berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kira-kira RM29.4 bilion wang kerajaan dan rakyat Malaysia akan dilaburkan bagi membantu mengukuhkan ekonomi AS – negara pengeluar senjata yang paling banyak digunakan membunuh umat Islam.
Tatkala, kos sara hidup semakin membebankan rakyat Malaysia, pelaburan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan dibuat menggunakan wang simpanan rakyat dan dana milik kerajaan Malaysia – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad.
Khazanah Nasional Berhad adalah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia – selain 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihantui pelbagai skandal – yang diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial kerajaan serta melaksanakan pelaburan strategik untuk negara.
Sebelum ini, banyak pihak mempertikaikan penubuhan 1MDB kerana Khazanah telah wujud sebagai agensi dana pelaburan strategik negara.
KWSP pula adalah institusi keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan untuk hari tua mereka. Semua rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta diwajibkan membuat caruman bulanan ke dalam akaun agensi itu.
KWSP pernah membeli bon terbitan 1MDB bernilai RM200 juta pada 2015 lalu.
Pengumuman mengenai rancangan kedua-dua agensi itu untuk membantu mengukuhkan ekonomi negara ‘Uncle Sam’ itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden AS, Donald Trump, di Washington DC, hari ini.
Bernama melaporkan, Najib mengumumkan bahawa KWSP dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatkan pelaburan mereka di AS dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi negara itu.
Najib berkata, KWSP sahaja dijangka melabur antara AS$3 bilion (RM12.6 bilion) dan AS$4 bilion (RM16.8 bilion) di negara tersebut.
“Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS,” katanya dalam pertemuan itu.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, delegasi Malaysia mempunyai tiga cadangan khusus.
Pertama, katanya, Malaysia berhasrat menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli oleh Malaysia Airlines Bhd (MAB).
“Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.”
Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga tersebut akan bernilai melebihi US$10 bilion, katanya.
Pesawat 737 MAX 10 bakal menjadi pesawat satu lorong paling menguntungkan bagi syarikat penerbangan tersebut, menawarkan kos tempat duduk paling rendah, manakala 787 Dreamliner merupakan pesawat enjin berkembar dengan kerangka sederhana bagi perjalanan jarak jauh.
Perdana Menteri kemudianya menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Malaysia Airlines dan Boeing Aircraft Corporation bagi pembelian pesawat serta membuka kemudahan penyelenggaran, pembaikan dan baik pulih di Sepang, bernilai US$3.9 bilion.
Perbincangan dengan Trump itu merupakan kemuncak lawatan kerja Najib ke AS dari 11-13 September atas jemputan daripada Presiden AS ke-45 itu yang memegang jawatan pada 20 Januari tahun ini.
Najib berkata kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric buatan AS.
“Keduanya, Kami memiliki KWSP, yang merupakan dana pencen utama di Malaysia. Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir US$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan US$3 bilion hingga US$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan telah melabur kira-kira US$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan pelaburannya. - ismaweb


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel [RAKYAT SEDIH] Tertekan kos sara hidup, KWSP dan Khazanah pula rancang labur RM29.4b di Amerika

Sekianlah artikel [RAKYAT SEDIH] Tertekan kos sara hidup, KWSP dan Khazanah pula rancang labur RM29.4b di Amerika kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [RAKYAT SEDIH] Tertekan kos sara hidup, KWSP dan Khazanah pula rancang labur RM29.4b di Amerika dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/rakyat-sedih-tertekan-kos-sara-hidup.html

Subscribe to receive free email updates: