Judul : Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di London
link : Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di London
Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di London
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan setakat ini tidak ada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian letupan yang berlaku di stesen api Parson Green di London yang mencederakan 22 orang pada Jumaat.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa Malaysia mengutuk kejadian itu yang disifatkan sebagai serangan penegcut.
“Kementerian sedang memantau rapi situasi ini dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan,” demikian menurut kenyatan itu.
Wisma Putra turut menasihati rakyat Malaysia berhubung dengan suruhanjaya tinggi di alamat 52, Bedford Row, London WC1RL, atau melalui telefon +44 (0) 2072424308 atau e-mel mwlondon.kln@1govuc.gov.my untuk pertanyaan lanjut.
Kejadian letupan yang berlaku pada jam 8.20 pagi Jumaat itu disifatkan polis London sebagai 'angkara pengganas'.
Ia berpunca dari alat letupan yang diubah suai (IED).
London sebelum ini pernah juga berdepan serangan yang sama dan membawa maut pada tahun ini iaitu di Jambatan Westminster, Jambatan London dan Taman Finsbury, serta serangan bom di konsert Ariana Grande di Manchester.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di London
Sekianlah artikel Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di London kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di London dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/09/wisma-putra-sahkan-tiada-rakyat.html