Hamidah Tetap Mahu Saman Syed Saddiq

Hamidah Tetap Mahu Saman Syed Saddiq - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hamidah Tetap Mahu Saman Syed Saddiq, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hamidah Tetap Mahu Saman Syed Saddiq
link : Hamidah Tetap Mahu Saman Syed Saddiq

Baca juga


Hamidah Tetap Mahu Saman Syed Saddiq

 
 


IPOH – Bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman tidak berganjak dengan keputusannya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman biarpun Ketua Armada Bersatu itu mengakui berlaku salah faham sebelum ini.

Beliau berkata, tindakan Syed Saddiq mengaitkan namanya dengan isu tawaran RM5 juta sebelum ini disifatkan sebagai keterlaluan selain menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin politik.

Katanya, isu itu juga sudah dibuat perbincangan dengan peguam untuk diambil tindakan undang-undang.

“Tuduhan yang dilemparkan amat berat. Kalau fitnah biasa-biasa saya tak kisah sangat tapi bila kaitkan terima duit, itu perkara yang sangat berat.

“Apa yang dilakukan itu menjatuhkan reputasi saya kerana ia dibuat secara terbuka dan dikongsi oleh semua orang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Syed Saddiq yang mengakui berlaku salah faham selama ini terhadap bekas Exco Kerajaan Negeri Perak itu.

Perkara itu dijelaskan ketika pertemuan bersama bekas pemimpin Bersatu Perak yang juga adik Hamidah, Hamizura Osman, baru-baru ini.

Hamidah berkata, jika isu ini mahu diselesaikan, Syed Saddiq perlu membuat sidang media secara terbuka seperti mana sebelum ini untuk menafikan penglibatannya terhadap isu rasuah RM5 juta itu.

Ditanya kebarangkalian untuk beliau kembali semula ke pangkuan Bersatu, Hamidah menjelaskan perkara itu mungkin tidak akan berlaku.

“Keputusan untuk saya keluar parti itu bukan dibuat secara melulu sebaliknya ia dibuat setelah berfikir panjang. Jadi, saya tak akan kembali kepada parti.

“Lagipun masa Syed Saddiq serang saya, tiada pimpinan yang tampil memberi penjelasan secara terbuka mahupun berjumpa secara peribadi. Saya anggap tindakan Syed Saddiq memang direstui pimpinan parti,” katanya.

Pada 17 September lalu, Hamidah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden Bersatu dan keluar parti itu – SH



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Hamidah Tetap Mahu Saman Syed Saddiq

Sekianlah artikel Hamidah Tetap Mahu Saman Syed Saddiq kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hamidah Tetap Mahu Saman Syed Saddiq dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/10/hamidah-tetap-mahu-saman-syed-saddiq.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :