‘Jika bukan pemegang anugerah kami tidak peduli tindakan Jamal’

‘Jika bukan pemegang anugerah kami tidak peduli tindakan Jamal’ - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Jika bukan pemegang anugerah kami tidak peduli tindakan Jamal’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Jika bukan pemegang anugerah kami tidak peduli tindakan Jamal’
link : ‘Jika bukan pemegang anugerah kami tidak peduli tindakan Jamal’

Baca juga


‘Jika bukan pemegang anugerah kami tidak peduli tindakan Jamal’



‘Jika bukan pemegang anugerah kami tidak peduli tindakan Jamal’


Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brid Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji memperjelaskan desakan persatuan itu agar anugerah Ahli Kehormat Kelab Komando yang diberikan kepada Datuk Seri Jamal Md Yunos ditarik balik bagi menjaga naik baik Kelab Komando Veteran.

“Ingin kami nyatakan bahawa kami membawa isu ini semata mata bagi menjaga nama baik Kelab Komando Veteran, dan anugerah yang diberikan itu perlulah dijaga dengan baik dan terhormat.

“Begitu juga dengan gelaran Datuk Seri dan Datuk yang telah dianugerahkan oleh Sultan Pahang.

“Kami ingin ingatkan pada Jamal Yunos bahawa Sultan Johor adalah Kolonel Yang DiPertua Rejimen Komando, dan saya percaya Sultan Johor yang juga telah engikuti latihan komando di Amerika Syarikat, dan kami yakin baginda tidak akan berkenan dengan tindakan Jamal Yunos itu.

“Sekiranya Jamal Yunos tidak pemegang anugerah Ahli Kehormat Kelab Komando, kami tidak akan memperdulikan tindakan Jamal Yunos itu,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Arshad pada 12 Oktober lalu mengeluarkan kenyataan melahirkan kebimbangan dengan telatah Pengerusi Gerakan Ngo Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos dengan gimik dilakukannya sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri Selangor dakwanya, boleh mengundang teladan tidak baik terhadap golongan belia dan memberi kesan buruk kepada perpaduan dalam negara dan mendesak anugerah itu ditarik balik.

Bagaimanapun Jamal dalam kenyataan balasnya di Sinar Harian dipetik mendakwa pula persatuan Patriot tidak memahami dengan lebih mendalam isu berhubung pesta arak di Selangor yang mengundang isu sensitiviti terhadap umat Islam.

Jamal juga mengatakan bahawa tindakkannya itu adalah, sebagai satu gimik bagi menyatakan bantahan penganjuran pesta arak.

Malah Jamal turut mendesak persatuan Patriot menyatakan pendirian mereka pula mengenai Pesta Arak.

Jelas Arshad lagi, sebab persatuan itu mendesak penarikan balik anugerah tersebut, atas dasar bahawa tindakan Jamal dalam protesnya memecahkan ‘crate beer’ di hadapan pintu masuk utama ke Pejabat Kerajaan Negeri Selangor adalah keterlaluan.

“Perbuatan itu mencemar nama baik Kelab Veteran Komando khasnya dan veteran Angkatan Tentera Malaysia amnya.

“Terdahulu dari insiden ini, Jamal Yunos juga telah melakukan berberapa protes yang lain hinggakan beliau telah menerima berbagai nama jolokan.

“Perlu saya ingatkan bahawa Jamal Yunos juga seorang bergelar Datuk Seri dan Datuk, dan saya rasa belum pernah dalam sejarah negara ini, saorang bergelar sedemikian melakukan tindakan seperti yang dilakukan oleh Jamal Yunos,” ujarnya.

Mengenai pendirian persatuan itu berhubung pesta arak, Arshad menambah,persatuan berpendirian bahawa pesta arak boleh diadakan tetapi dikawal dan meletakan beberapa syarat kepada pihak penganjur.

“Satu dari syaratnya adalah dengan tidak membenarkan orang Melayu menyertai acara ini.

“Kalau tempat perjudian terbesar di negara ini, iaitu Genting Highlands bolih melarang orang Melayu dari memasuki tempat perjudian itu, mengapa pula kita tidak bolih melarang orang Melayu menyertai pesta arak ini,” ujarnya.

Katanya lagi persatuan itu tidak melarang Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu melakukan protes, tetapi ujarnya perlu dilakukan dengan penuh tertib, beradab dan bijaksana demi menjaga gelaran yang  diterimanya, dan menjaga keharmonian kaum negara ini.

Baca :Jamal bukan ‘role model’ kepada belia dan perpaduan, kata Mohd Arshad



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel ‘Jika bukan pemegang anugerah kami tidak peduli tindakan Jamal’

Sekianlah artikel ‘Jika bukan pemegang anugerah kami tidak peduli tindakan Jamal’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Jika bukan pemegang anugerah kami tidak peduli tindakan Jamal’ dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/10/jika-bukan-pemegang-anugerah-kami-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :