Judul : Padah minta rasuah, sarjan wanita direman tiga hari
link : Padah minta rasuah, sarjan wanita direman tiga hari
Padah minta rasuah, sarjan wanita direman tiga hari
ANTARAPOSRASAH: Akibat meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,200 daripada seorang penagih dadah, seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan menerima padah apabila direman selaman tiga hari bermula hari ini.
Perintah reman terhadap wanita berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Khas Reman di sini pagi ini selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim.
Menurut jurucakap SPRM, wanita yang bertugas di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu itu ditahan selepas didakwa meminta suapan daripada penagih tersebut bagi menutup kesnya daripada dibawa ke mahkamah.
Katanya, anggota polis itu pada awalnya meminta wang sebanyak RM1,300 tetapi bersetuju mengurangkannya kepada RM1,200.
“Suspek ditahan sekumpulan pegawai SPRM di dalam kenderaan jenis Nissan Grand Livina miliknya kira-kira pukul 3 petang semalam sejurus menerima rasuah. Wang berjumlah RM1,200 turut ditemukan di dalam kenderaannya,” katanya di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana meminta dan menerima rasuah.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Padah minta rasuah, sarjan wanita direman tiga hari
Sekianlah artikel Padah minta rasuah, sarjan wanita direman tiga hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Padah minta rasuah, sarjan wanita direman tiga hari dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/10/padah-minta-rasuah-sarjan-wanita.html