14,000 liter diesel tumpah, sesak lima jam

14,000 liter diesel tumpah, sesak lima jam - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 14,000 liter diesel tumpah, sesak lima jam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 14,000 liter diesel tumpah, sesak lima jam
link : 14,000 liter diesel tumpah, sesak lima jam

Baca juga


14,000 liter diesel tumpah, sesak lima jam

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BATU PAHAT: Tumpahan sebanyak 14,000 liter diesel selepas sebuah lori tangki minyak terbabas dan terbalik di Kilometer 111.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Yong Peng, dekat sini, menyebabkan kesesakan lebih lima jam, malam tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 11.54 malam itu, lori tangki minyak yang membawa 32,000 liter produk petroleum itu terbabas sebelum terbalik merentang laluan lebuhraya berkenaan.
 
Pemandu dan kelindan lori tangki minyak itu yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan.
 
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Mohd Asroy Mohd Yahya, berkata operasi menyelamat dijalankan membabitkan seramai 14 anggota bomba serta lima jentera termasuk tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Ayer Hitam, Penggaram, Kluang dan Johor Bahru.
 
"Pihak bomba terpaksa menutup laluan di kedua-duanya dua arah selama lebih lima jam berikutan bimbang berlaku kebakaran atau letupan susulan lori tangki minyak itu terbalik menyebabkan sebanyak 14,000 liter petroleum tumpah di atas lebuhraya berkenaan.
 
"Pasukan bomba dan penyelamat juga bertungkus lumus melakukan pemindahan baki produk petroleum itu ke lori baharu selain kerja pembersihan tumpahan sebelum membenarkan laluan bersebelahan menghala ke utara dibuka sebagai laluan kontra kira-kira jam 4.30 pagi tadi berikutan berlaku kes kecemasan ambulans membawa wanita yang mahu melahirkan anak.
 
"Kerja pemindahan baki produk petroleum, pembersihan tumpahan serta pengalihan lori tangki minyak yang merentang lebuhraya itu selesai tujuh jam kemudian kira-kira jam 7.15 pagi tadi, " katanya ketika dihubungi.
 
 


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel 14,000 liter diesel tumpah, sesak lima jam

Sekianlah artikel 14,000 liter diesel tumpah, sesak lima jam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 14,000 liter diesel tumpah, sesak lima jam dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/11/14000-liter-diesel-tumpah-sesak-lima-jam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :