Banjir: Lebih 1,000 mangsa dapat rawatan di Pulau Pinang

Banjir: Lebih 1,000 mangsa dapat rawatan di Pulau Pinang - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banjir: Lebih 1,000 mangsa dapat rawatan di Pulau Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir: Lebih 1,000 mangsa dapat rawatan di Pulau Pinang
link : Banjir: Lebih 1,000 mangsa dapat rawatan di Pulau Pinang

Baca juga


Banjir: Lebih 1,000 mangsa dapat rawatan di Pulau Pinang

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 mangsa mendapat rawatan berikutan bencana banjir yang melanda Pulau Pinang sejak tiga minggu lalu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Selain itu, katanya, tiada peningkatan kes tertentu yang boleh dikaitkan dengan bencana itu.

“Kebanyakan kemudahan kesihatan di Pulau Pinang sudah boleh digunakan seperti biasa. Namun, sebuah klinik desa di Kepala Batas masih belum berfungsi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Deepavali anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan; Pemangku Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri S.K. Devamany; Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie serta Anggota Lembaga Pengarah TNB, Datuk A. Sakthivel.

Seramai 250 penerima daripada tujuh persatuan kebajikan mendapat sumbangan wang tunai daripada TNB pada acara tahunan yang disambut penuh meriah itu.

Sementara itu, Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata parti berkenaan sudah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang bakal menyaksikan MIC mempertaruhkan 50 hingga 60 peratus calon baharu.

“Kita telah kita kenal pasti calon dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah diberi senarai calon itu.

“Setiap kawasan kita ada tiga hingga empat calon dan mereka perlu melalui saringan terlebih dahulu,” katanya.–Bernama



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Banjir: Lebih 1,000 mangsa dapat rawatan di Pulau Pinang

Sekianlah artikel Banjir: Lebih 1,000 mangsa dapat rawatan di Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banjir: Lebih 1,000 mangsa dapat rawatan di Pulau Pinang dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/11/banjir-lebih-1000-mangsa-dapat-rawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :