Pengarah syarikat hadapi 26 tuduhan ubah wang haram

Pengarah syarikat hadapi 26 tuduhan ubah wang haram - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengarah syarikat hadapi 26 tuduhan ubah wang haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengarah syarikat hadapi 26 tuduhan ubah wang haram
link : Pengarah syarikat hadapi 26 tuduhan ubah wang haram

Baca juga


Pengarah syarikat hadapi 26 tuduhan ubah wang haram

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUANTAN: Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 26 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan transaksi lebih RM1 juta sejak November 2015.
 
Tertuduh, Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu, yang mengambil masa kira-kira setengah jam untuk dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pelbagai bank komersil seperti Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank di sekitar daerah ini di antara 27 Nov 2015 hingga 30 Jun 2016.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan akaun semasa pelbagai syarikat, menerima wang dalam pelbagai jenis mata wang seperti ringgit, bhat, rupiah dan riyal serta menggunakan wang haram untuk membeli pelbagai premis di Kuantan.
 
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah suseksyen 4 (1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
 
Seksyen itu memperuntuk hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah kesalahan terlibat atau RM5 juta ringgit, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
 
Timbalan Pendakwa Raya Idamasliza Maarof memberitahu mahkamah bahawa Sheikh Saidey Nor juga dituduh bagi satu kesalahan serupa pada 2016 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan memohon supaya kes hari ini dipindahkan ke sana.
 
"Jika peguam bela tidak membantah kes dibicarakan bersama, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin yang diberikan di Kuala Lumpur terpakai pada kes hari ini," katanya.
 
Peguam S.M Karunanathan menjawab pihaknya tidak mempunyai bantahan dan bersetuju dengan jaminan itu, yang telah dijelaskan tertuduh sebelum ini.
 
Siti Aminah membenarkan permohonan itu dan kes ditetapkan untuk sebutan semula di Kuala Lumpur pada 11 Jan depan.
 
 


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Pengarah syarikat hadapi 26 tuduhan ubah wang haram

Sekianlah artikel Pengarah syarikat hadapi 26 tuduhan ubah wang haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengarah syarikat hadapi 26 tuduhan ubah wang haram dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/12/pengarah-syarikat-hadapi-26-tuduhan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :