Polis ambil keterangan Tun M isu Bugis

Polis ambil keterangan Tun M isu Bugis - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis ambil keterangan Tun M isu Bugis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis ambil keterangan Tun M isu Bugis
link : Polis ambil keterangan Tun M isu Bugis

Baca juga


Polis ambil keterangan Tun M isu Bugis

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Polis hari ini mengambil keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad bersabit kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yang membangkitkan isu Bugis ketika himpunan anti-kleptokrasi, Oktober lalu.
 
Dua buah kereta polis dilihat memasuki perkarangan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.
 
Pasukan peguam yang mewakili Dr Mahathir berkata, enam anggota polis bertanya soalan kepada pemimpin itu berkait isu Bugis.
 
“Dr Mahathir beritahu polis beliau akan jawab semua tuduhan di mahkamah dan akan jelaskan ia bukan ditujukan kepada masyarakat Bugis tetapi hanya kepada pencuri yang dikenali sebagai Najib,” katanya peguam itu dipetik The Malaysian Insight.
 
Difahamkan, sebanyak 32 soalan ditanya kepada Dr Mahathir dengan 22 daripadanya berhubung perhimpunan anti-kleptokrasi di Petaling Jaya, manakala selebihnya soalan mengenai kenyataan pemimpin itu di Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam pada Julai 2017. 
 
Pada himpunan anti-kleptokrasi 14 Oktober lalu, Dr Mahathir menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai 'lanun Bugis' dan menyuruhnya pulang ke tanah asal.
 
Majlis Raja-raja pada 2 November lalu kemudian  mengeluarkan kenyataan yang menyatakan kemurkaan Sultan terhadap ucapan Dr Mahathir, dan menggesa pihak polis menyiasat Dr Mahathir. 
 
Selain itu, beberapa laporan polis dibuat bagi menggesa siasatan polis terhadap bekas mantan perdana menteri itu, serta demonstrasi bagi menuntut pemimpin itu memohon maaf kerana 'menghina' masyarakat Bugis.
 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut meluahkan rasa murka baginda ekoran kenyataan keterlaluan itu. 
 
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sedang disiasat di bawah tiga akta iaitu Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 
 
Ketua pasukan peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata, anak guamnya berhak untuk menjawab soalan di mahkamah.
 
“Beliau jawab apa yang beliau boleh jawab dan simpan untuk dijawab di mahkamah,” katanya.  




Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Polis ambil keterangan Tun M isu Bugis

Sekianlah artikel Polis ambil keterangan Tun M isu Bugis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis ambil keterangan Tun M isu Bugis dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/12/polis-ambil-keterangan-tun-m-isu-bugis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :