Tanah Felda: Najib perlu bertanggungjawab kerana lantik Isa, kata ANAK

Tanah Felda: Najib perlu bertanggungjawab kerana lantik Isa, kata ANAK - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah Felda: Najib perlu bertanggungjawab kerana lantik Isa, kata ANAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah Felda: Najib perlu bertanggungjawab kerana lantik Isa, kata ANAK
link : Tanah Felda: Najib perlu bertanggungjawab kerana lantik Isa, kata ANAK

Baca juga


Tanah Felda: Najib perlu bertanggungjawab kerana lantik Isa, kata ANAK

 
Mazlan Aliman juga yakin Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim tahu maklumat perancangan pembangunan tanah di Jalan Semarak.


Mazlan-Aliman-tanah-felda

PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mahu perdana menteri memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas kehilangan tanah milik Felda di Jalan Semarak.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, pemindahan hak milik tanah di Jalan Semarak itu berlaku ketika Tan Sri Isa Samad yang dilantik Datuk Seri Najib Razak mengetuai Felda.

“Saya yakin kemungkinan Isa akan ditahan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. Di sebalik tanggapan kita mengenai Isa, Najib tidak boleh melepaskan diri. Beliaulah yang melantik Isa, meskipun dibantah banyak pihak.

“Konsep ‘pertanggungjawaban bersama’ dengan erti kata lain, tidak harus Isa sahaja yang dipersalahkan. Maaf Najib, anda bertanggungjawab atas malapetaka besar yang melanda Felda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isa dilantik sebagai pengerusi Felda mulai 1 Januari 2011 hingga Januari 2017; pengerusi FGV mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu serta pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.

Jumaat lalu, polis mengumumkan penubuhan pasukan khas pada 13 Disember lalu untuk menyiasat kes Felda kehilangan hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak dan akan memanggil Isa bagi membantu siasatan itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan, iaitu penipuan serta pemalsuan dokumen.

Berita Harian sebelum ini melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik bernilai RM270 juta itu, susulan urusan pindah milik tanah yang mencurigakan pada 2015.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, selain Najib, beliau yakin Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim juga tahu perancangan pembangunan tanah di Jalan Semarak.

“Sebahagian ahli lembaga pengarah Felda ketika ini adalah orang yang sama terlibat ‘menganugerahkan’ tanah di Jalan Semarak untuk dimajukan.

“Dakwaan penipuan dan pecah amanah yang dikaitkan dengan tanah di Jalan Semarak boleh dielakkan, sekiranya Razali, ahli lembaga pengarah Felda menghalangnya dari awal.”

Beliau turut simpati dengan nasib Pengerusi Felda sekarang, Tan Sri Shahrir Samad yang terpaksa menyelesaikan masalah ditinggalkan pimimpin dahulu.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Tanah Felda: Najib perlu bertanggungjawab kerana lantik Isa, kata ANAK

Sekianlah artikel Tanah Felda: Najib perlu bertanggungjawab kerana lantik Isa, kata ANAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanah Felda: Najib perlu bertanggungjawab kerana lantik Isa, kata ANAK dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/12/tanah-felda-najib-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :